script not supported

Perutusan


Profail Pengurusan Tertinggi



Dasar Jabatan



Piagam


Bahagian




Muat Turun Dokumen


Perkhidmatan Online



Umum


Pulau Taman Laut


Pengusaha Pelancongan


Statistik


Slide Pembentangan Biodiversiti Marin


Penerbitan & Publisiti


Info Perundangan


Galeri Aktiviti


Info Pendidikan


Laporan


Nota / Rujukan / Aduan Sistem










Jumaat, 23 Jun 2017
content layout space
Bahasa Malaysia | English
content layout space1
Smaller Text
Normal Text
Bigger Text
content layout space2
circle grey
circle blue
circle green
circle red
OKU
content layout space
 

Sejarah Penubuhan

 

Pada awal tahun 1980an terdapat kesedaran bahawa sumber perikanan dari laut telah mengalami penyusutan. Bagi mempertingkatkan sumber perikanan, kawasan terumbu karang di mana pelbagai spesis ikan komersil berlindung, membiak, mencari makan dan membesar perlu diperlihara dan dilindungi. Kawasan terumbu karang merupakan salah satu habitat kritikal kerana ianya terdedah kepada pelbagai ancaman semula jadi atau akibat kegiatan manusia.
 
Menyedari hakikat ini, pada tahun 1983, Bekas Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Tun Dr. Mahathir Mohammad telah mengarahkan Kementerian Pertanian (Jabatan Perikanan) bagi menubuhkan Taman Laut di Negara ini. Pada tahun 1994, sebanyak 40 buah pulau di seluruh Malaysia telah berjaya digazetkan sebagai Taman Laut.
 
Pengwartaan Taman Laut Malaysia telah diperuntukkan di bawah Seksyen 41, sehingga Seksyen 45 Akta Perikanan 1985. Matlamat utama penubuhan Taman Laut di Malaysia adalah untuk melindungi, memulihara dan mengurus secara berterusan ekosistem marin terutamanya terumbu karang serta flora fauna berkaitan yang memainkan peranan utama dalam kestabilan lautan secara keseluruhan, supaya ekosistem marin ini akan sentiasa terpelihara daripada gangguan dan kerosakan untuk generasi akan datang. Di samping itu, objektif penubuhan Taman Laut juga adalah untuk menerapkan kefahaman di kalangan penduduk Malaysia supaya melindungi, mengagumi dan menikmati keindahan khazanah negara.
 
Perintah Penubuhan Taman Laut Malaysia 1994 dengan jelasnya telah menegaskan bahawa 40 buah pulau yang dinyatakan adalah merupakan kawasan perlindungan, yang terdiri daripada Kepulauan Pulau Redang dan Kepulauan Pulau Perhentian yang terletak di kawasan perairan Terengganu, Kepulauan Pulau Payar di Kedah, Kepulauan Pulau Tioman di Pahang, Kepulauan Pulau Tinggi di Johor dan Kepulauan Wilayah Persekutuan Labuan.  Mengikut Jadual Pertama, “had mana-mana kawasan atau sebahagian daripada sesuatu kawasan yang ditubuhkan sebagai taman laut hendaklah diukur pada jarak dua batu nautika arah laut daripada tikas air surut titik terluar pulau-pulau yang dinyatakan ”.
 
Di bawah adalah satu sejarah ringkas penubuhan Taman Laut di Malaysia. Dinyatakan juga bengkel-bengkel dan projek-projek yang telah dijalankan untuk meningkatkan pengurusan Taman-taman Laut.
 

1983 | 1985 | 1987 | 1988 | 1989 | 1990 | 1991 | 1993 | 1994 | 1996 | 1998 | 1999 | 2000 | 2002 | 2003 | 2004 | 2005 | 2006 | 2007

 
1983
  • Menyedari bahawa sumber perikanan marin di Malaysia adalah semakin berkurangan dan kepentingan kawasan batu karang sebagai zon kritikal habitat telah dikenalpasti, satu inisiatif untuk memulihara warisan laut semula jadi Malaysia telah dimulakan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad, yang telah mengarahkan Jabatan Perikanan Malaysia untuk menubuhkan Taman-taman Laut di Malaysia.
  • Peraturan-peraturan  Perikanan (Kawasan Larangan) telah digubal di bawah Akta Perikanan, 1963.
  • Pulau Redang, Terengganu telah diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan Perikanan (FPA).
 
1985
  • Perairan yang meliputi tiga (3) kilometer dari pantai dan mengelilingi  persekitaran 22 buah pulau bagi negeri Kedah, Terengganu, Pahang dan Johor telah diisytiharkan sebagai FPA bawah Akta Perikanan 1963.
  • Akta Perikanan 1985 telah digubal, menggantikan Akta Perikanan 1963, yang mengakibatkan pengisytiharan tiga (3) buah pulau di  pantai Sarawak sebagai FPA, yang meliputi kawasan tiga (3) kilometer dari Pulau Talang-Talang Besar, Pulau Talang-Talang Kecil dan Pulau Satang Besar sebagai FPA.
 
1987
  • Majlis Penasihat Kebangsaan bagi Taman Laut dan Rizab Laut telah ditubuhkan di bawah Kementerian Pertanian melalui Akta Perikanan, 1993.
  • Tabung Amanah Taman Laut dan Rizab Laut telah ditubuhkan.
 
1988
  • Pulau Besar dan Tanjung Tuan Melaka telah diwartakan sebagai FPA di bawah Peraturan-peraturan Perikanan (Kawasan Larangan) (Pindaan)(1988).

Atas

1989
  • Perintah penubuhan Taman Laut Malaysia 1989 telah diwujudkan, yang membawa kepada pewartaan Pulau Payar, Pulau Segantang, Pulau Lembu dan Pulau Kaca sebagai Taman Laut.
  • Taman Laut  Malaysia: Dasar dan Polisi telah dihasilkan.
  • Pusat Taman Laut  Pulau Payar mula beroperasi.
 
1990
  • Pusat Taman Laut Pulau Redang mula beroperasi.
 
1991
  • Pembangunan manual latihan untuk pengurusan Taman Laut dengan kerjasama UNDP.

Atas

1993
  • Akta Perikanan 1985 disemak semula termasuk peruntukan untuk mewartakan kawasan berpotensi sebagai Taman Laut.
  • Pusat Taman Laut  Mersing mula beroperasi.
  • Pembangunan Manual Latihan Untuk Pengurusan Zon Pantai Dengan kerjasama UNDP.
 
1994
  • 38 buah pulau dalam negeri Kedah, Terengganu, Pahang, Johor dan Wilayah Persekutuan Labuan telah diisytiharkan serta diwartakan sebagai Taman Laut Malaysia di bawah Akta Perikanan, 1985, yang meliputi jarak 2 batu nautika  dari titik terluar pulau (pengecualian untuk Pulau Kapas di mana perairan Taman Laut adalah satu (1) batu nautika dari arah laut dari titik terluar pulau yang diukur pada tikas air surut– Jadual Kedua).
  • Tanjung Tuan 1 dan Tanjung Tuan 2 telah diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan Perikanan dibawah Peraturan-peraturan Perikanan (Kawasan Larangan)(Pindaan)(1994), dimana mengutip dan memungut cangkerang, batu karang dan ikan adalah dilarang kecuali dengan kebenaran bertulis.
  • Pelan Konsep Pengurusan Pulau-pulau Taman Laut bagi Semenanjung Malaysia telah dihasilkan. Ia adalah merupakan satu usahasama daripada Taman Laut, WWF dan ‘Canada Fund Malaysia’.
  • Pusat Taman Laut Pulau Tioman mula beroperasi.
 
1996
  • Penerbitan buku yang bertajuk Taman Laut Pulau Redang Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Terengganu.

Atas

1998
  • Pulau Nyireh dan Pulau Tenggol telah diwartakan sebagai Pulau Taman Laut Terengganu di bawah perintah Penubuhan Taman Laut 1994 (Pindaan)(1998) yang membawa kepada 40 bilangan buah pulau Taman Laut  di Malaysia secara keseluruhannya.
  • Kit Pendidikan Taman Laut telah dihasilkan dengan usahasama dia antara Taman Laut, WWF dan Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran.
  • Caj Pemuliharaan Taman Laut telah diwujudkan dan Tiket Caj Pemuliharaan yang  pertama telah dicetak.
  • Penilaian tahap tampungan Taman Laut Pulau Payar Malaysia telah dihasilkan. Satu usahasama daripada Taman Laut, WWF dan Program Teluk Bengal.
 
1999
  • Pusat Taman Laut Pulau Tinggi mula beroperasi.
  • Pengutipan rasmi Caj Pemuliharaan Taman Laut di kesemua Pulau Taman Laut.
 
2000
  • Pindaan Perintah Penubuhan Taman Laut 1994, di mana batasan Pulau-pulau Taman Laut iaitu Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil adalah pada jarak satu (1) batu nautika dari arah laut dari titik terluar pulau yang diukur pada tikas air surut (Jadual Kedua).
  • Laporan status Terumbu Karang di Pantai Timur Semenanjung Malaysia telah dihasilkan dengan kerjasama CCC dan UNDP-GEF.

Atas

2002
  • Projek Pemuliharaan Terestrial Taman Laut Malaysia Tahun 2002. Laporan Kajian Penilaian Sumber Ekosistem Pulau Perhentian  telah dihasilkan dengan kerjasama CCC.
  • Projek Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia 2002. Laporan Kajian Penilaian Sumber Ekosistem Pulau Perhentian  telah dihasilkan dengan kerjasama CCC.
  • Plan strategik untuk Pengurusan Taman Laut Malaysia telah dihasilkan.
 
2003
  • Akta Fi  (Taman Laut Malaysia) Pindaan 2003.
  • Sebuah projek kerjasama dengan UNEP-GEF yang bertajuk 'Project on Reversing Environmet Degradation Program in the South China Sea and the Gulf of Thailand’ telah dilaksanakan.
  • Pusat Taman Laut Pulau Perhentian mula beroperasi.
  • Penerbitan buku Taman Laut berjudul Malaysia: Splendours Beneath the Waves.
 
2004
  • Seksyen Taman Laut telah dipindahkan daripada Jabatan Perikanan kepada satu pengurusan yang  baru di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE).
  • Visi, Misi, Objektif dan fungsi secara keseluruhan untuk Taman Laut dibentuk di bawah Kementerian yang baru sejajar dengan visi Kementerian secara menyeluruh.
  • Pelan strategik baru untuk Pengurusan Taman Laut Malaysia telah dihasilkan.
  • Projek Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia 2004. Laporan Kajian Penilaian Sumber Ekosistem Pulau Redang  telah dihasilkan dengan kerjasama CCC.

Atas

2005
  • Projek Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia 2005. Laporan Kajian Penilaian Sumber Ekosistem Pulau Payar  telah dihasilkan dengan kerjasama CCC.
 
2006
  • Pada 14 Jun 2006, Mesyuarat Jemaah Menteri telah meluluskan memorandum daripada Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi penubuhan sebuah Jabatan atau agensi baru yang bertanggungjawab mengurus dan mentadbir kawasan-kawasan  Perlindungan Marin Negara terutamanya kawasan Taman-Taman Laut Malaysia. Jabatan ini akan dikenali dengan nama Jabatan Taman Laut Malaysia atau dengan singkatan MPM.
 
2007
  • Berkuatkuasa pada 16 Julai 2007, Seksyen Taman Laut dengan rasminya menjadi Jabatan Taman Laut Malaysia dengan penambahan jawatan sebanyak 154 jawatan baru sebagai tambahan kpada 86 jawatan sedia ada.

Atas

 
FPA - Kawasan Larangan Perikanan;
MP - Taman Laut;
UNDP - United Nation Development Programme;
CCC - Coral Cay Conservation;
GEF - Global Environmet Facilities;
GCRMN - Global Coral Reef Monitoring Network.

 

 
 
Hit
59380
Terakhir Dikemaskini
30 Julai 2012
Pengumuman
space
Perutusan Hari Raya Ketua Pengarah JTLM  new
Kenyataan Sebutharga JTLM-SHB132017  new
Kenyataan Sebutharga JTLM-SHB172017  new
Kenyataan Sebutharga JTLM-SHB162017  new
Kenyataan Sebutharga JTLM-SH272017  new
Kenyataan Sebutharga JTLM-SH282017  new
Pemberitahuan: Akta Perikanan 1985 - Perintah Penubuhan Taman Laut Malaysia (Pindaan) 2012
Pada 15 Ogos 2012 Jabatan Perikanan Malaysia telah membuat pindaan kepada nama pulau-pulau Taman Laut men...
Web Mobile JTLM
Dimaklumkan Laman Web JTLM kini boleh dilayari menerusi telefon...
space
space
PULAU TAMAN LAUT
ptl_johor
space
KALENDAR ACARA
space
CAPAIAN SISTEM
Symbiosis
MPMIS
Webmail
Intranet
space
space
BANCIAN
1Akses

space
Statistik Pelawat
Semasa: 77 | Hari Ini: 3587 | Minggu Ini: 21000
Bulan Ini: 96298 | Tahun Ini: 1065672
Tahun Lepas: 2525812 | Keseluruhan: 15248484
Kemaskini Terakhir: 22/06/2017
Dapatkan maklumat terkini di sini
facebook twitteryoutube QRcode mobile

 

Paparan menarik, sila gunakan Internet Explorer 7.0 dah keatas atau Mozilla Firefox 3.0 dan keatas dengan saiz resolusi skrin 1024x768 piksel.
Hakcipta Terpelihara © 2012, Jabatan Taman Laut Malaysia.