script not supported

Perutusan


Profail Pengurusan Tertinggi



Dasar Jabatan



Piagam


Bahagian




Muat Turun Dokumen


Perkhidmatan Online



Umum


Pulau Taman Laut


Pengusaha Pelancongan


Statistik


Slide Pembentangan Biodiversiti Marin


Penerbitan & Publisiti


Info Perundangan


Galeri Aktiviti


Info Pendidikan


Laporan


Nota / Rujukan / Aduan Sistem










Isnin, 21 Ogos 2017
content layout space
Bahasa Malaysia | English
content layout space1
Smaller Text
Normal Text
Bigger Text
content layout space2
circle grey
circle blue
circle green
circle red
OKU
content layout space
control 1control 2control 3
 

Latar Belakang

 
Conserving Marine Biodiversity through Enhanced Marine Park Management and Inclusive Sustainable Island Development

 

Ringkasan Projek

 
Tajuk Projek : Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management and Inclusive Sustainable Island Development
Nombor Projek : PIMS 1040
Agensi Bertanggungjawab : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Agensi Pelaksana : Jabatan Taman Laut Malaysia
Tempoh : 5 Tahun
Tarikh Mula : 1 Mac 2007
Tarikh Jangka Selesai : Februari 2012
Tapak Projek : Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulai Sibu dan Pulau Tinggi
Kos Projek : Total USD 4,130,294
UNDP/ GEF : USD 2,127,150
Kerajaan Malaysia : USD 2,003,144

 

Projek Taman Laut ini dilaksanakan bersama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Development Programme – UNDP), dan didana oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama penuh daripada Global Environment Facility (GEF). Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) adalah agensi yang bertanggungjawab melaksanakan projek ini untuk tempoh 5 tahun.
 
MATLAMAT PROJEK: Untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan sumber biodiversiti marin dan pembangunan pulau Malaysia secara lestari.
 
OBJEKTIF PROJEK: Untuk mencapai peningkatan di dalam pengurusan Taman Laut dan pembangunan pulau secara lestari.
 
10 Tema Hasil telah dikenalpasti melalui 7 Keputusan yang boleh dirumuskan sebagai:-
 
Rajah 1 – Rangka Kerja Projek
 
Projek ini akan mengukuhkan lagi sistem kawasan-kawasan perlindungan marin di Malaysia serta menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti global yang signifikan. Sasaran projek adalah pengurusan kawasan perairan seluas 164,534.2 hektar akan dipertingkatkan untuk tujuan pemuliharaan biodiversiti marin.
 
Projek akan dibangunkan melalui inisiatif yang didorong secara signifikan di peringkat kebangsaan untuk memulihara biodiversiti marin di perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Aktiviti-aktiviti projek akan dijalankan di tiga lokasi Taman Laut yang telah dipilih sebagai tapak projek utama iaitu Pulau Tioman di Pahang, Pulau Redang di Terengganu dan Pulau Sibu-Tinggi di Johor.
 
Rajah 2 – Lokasi Tapak Projek
 
Projek ini dirangka untuk meluaskan lagi proses perancangan pembangunan sedia ada, memantapkan lagi kecekapan pengurusan Taman Laut, dan mewujudkan sokongan yang berpengaruh untuk pemuliharaan biodiversiti marin di Malaysia. Penglibatan pihak berkepentingan adalah penting untuk memastikan kejayaan projek, dan telah diterapkan ke dalam objektif projek.
 
Projek ini juga mempunyai aktiviti-aktiviti di peringkat kebangsaan dan sistemik, bagi memastikan kemungkinan bagi mereplikasi inisiatif baru yang akan diaplikasikan di tiga tapak projek utama supaya dapat dicontohi oleh kawasan Taman Laut yang lain di Malaysia. Dengan itu, adalah diharapkan selepas tamatnya projek ini, kesemua kawasan perlindungan marin di Semenanjung Malaysia dan Labuan akan berada di bawah tahap pengurusan yang lebih baik, dalam usaha untuk menangani ancaman terhadap biodiversiti marin.

 

 
 
Hit
39952
Terakhir Dikemaskini
18 September 2012
Pengumuman
space
Galeri Kejayaan NRE
Pemberitahuan: Akta Perikanan 1985 - Perintah Penubuhan Taman Laut Malaysia (Pindaan) 2012
Pada 15 Ogos 2012 Jabatan Perikanan Malaysia telah membuat pindaan kepada nama pulau-pulau Taman Laut men...
Web Mobile JTLM
Dimaklumkan Laman Web JTLM kini boleh dilayari menerusi telefon...
space
space
PULAU TAMAN LAUT
ptl_labuan
space
KALENDAR ACARA
space
CAPAIAN SISTEM
Symbiosis
MPMIS
Webmail
Intranet
space
space
BANCIAN
1Akses

space
Statistik Pelawat
Semasa: 77 | Hari Ini: 389 | Minggu Ini: 5204
Bulan Ini: 98630 | Tahun Ini: 1336432
Tahun Lepas: 2525812 | Keseluruhan: 15519244
Kemaskini Terakhir: 05/08/2017
Dapatkan maklumat terkini di sini
facebook twitteryoutube QRcode mobile

 

Paparan menarik, sila gunakan Internet Explorer 7.0 dah keatas atau Mozilla Firefox 3.0 dan keatas dengan saiz resolusi skrin 1024x768 piksel.
Hakcipta Terpelihara © 2012, Jabatan Taman Laut Malaysia.