script not supported

Perutusan


Profail Pengurusan Tertinggi



Dasar Jabatan



Piagam


Bahagian




Muat Turun Dokumen


Perkhidmatan Online



Umum


Pulau Taman Laut


Pengusaha Pelancongan


Statistik


Slide Pembentangan Biodiversiti Marin


Penerbitan & Publisiti


Info Perundangan


Galeri Aktiviti


Info Pendidikan


Laporan


Nota / Rujukan / Aduan Sistem










Isnin, 26 Jun 2017
content layout space
Bahasa Malaysia | English
content layout space1
Smaller Text
Normal Text
Bigger Text
content layout space2
circle grey
circle blue
circle green
circle red
OKU
content layout space
control 1control 2control 3
 

Terengganu

 

Tganu1.jpg
Tganu2.jpg
Tganu3.jpg
Tganu4.jpg
     

Gugusan Pulau (P) Redang terdiri daripada 9 pulau iaitu P. Redang, P. Pinang, P. Ling, P. Ekor Tebu, P. Kerengga Besar, P. Kerengga Kecil, P. Paku Besar, P. Paku Kecil, dan P. Lima. Perairan di sekeliling pulau-pulau ini sejauh 2 batu nautika dari tikas air surut terendah dikenali sebagai Taman Laut Pulau Redang Malaysia. Selepas penubuhan taman-taman laut, perairan yang sama dikenali sebagai Kawasan Larangan Perikanan.

      
Maklumat Pulau Redang
Pusat Taman Laut
Perkara Yang Boleh Dilihat dan Dilakukan
Bagaimana Ke Sana?
   
Ramai orang yang menjalani kehidupan dan melakukan aktiviti-aktiviti rekreasi di perairan Taman Laut dengan berkongsi menggunakan perairan yang dilindungi ini berserta dengan sumber-sumber kehidupan semulajadinya. Tujuan utama Taman-taman Laut diwujudkan ialah untuk menguruskan penggunaan taman di samping meneruskan penglibatan untuk memulihara sumber-sumber laut.
   
Iklim gugusan pulau ini didominasi oleh monsun timur laut, yang bertiup dari bulan November hingga Mac, menyebabkan musim yang lebih lembap dalam bulan-bulan tersebut berbanding bulan lain di sepanjang setahun. Pada waktu ini, hujan lebat dan lautan di sekeliling bergelora, sehinggakan gugusan pulau ini sukar diakses dengan bot. Walaubagaimanapun hujan kerap turun di sepanjang tahun dengan cuaca panas yang pendek. Sistem saliran dibekalkan oleh sungai utama iaitu Sungai Redang dan beberapa anak sungai.
   
Lebih kurang 200 keluarga menetap di perkampungan nelayan di dalam rumah yang dibina di atas tiang-tiang kayu di pulau utama Pulau Redang di muara Sungai Redang.
   
Pertanian dijalankan terutamanya di tanah rata di lembah Sungai Redang dengan pokok buah-buahan ditanam di lereng-lereng bukit. Tinggalan ladang kelapa dan lada masih wujud di Pulau Redang. Penghuni pulau sebahagian besarnya adalah nelayan.  Walaubagaimanapun, sesetengahnya mencari pendapatan sampingan dengan memungut sarang-sarang burung yang boleh dimakan dari koloni layang-layang di gua-gua di sepanjang pantai timur laut.
   
Taman Laut Pulau Redang yang diuruskan oleh Jabatan Taman Laut, Malaysia memberikan perlindungan dan pengurusan khusus untuk kawasan-kawasan marin yang penting untuk negara. Matlamat utama adalah untuk melindungi, memulihara dan menguruskan persekitaran marin yang penting secara berterusan dan menggalakkan orang awam memahami, menghargai dan menikmati warisan marin semulajadi Malaysia bagi generasi Malaysia masa kini dan yang akan datang. 
 

Hutan-hutan bakau adalah sebahagian dari tarikan utama di Pulau Redang. Kedua-dua tanah dan perairan diuruskan sebagai satu ekosistem bersepadu dengan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Terengganu. Pembangunan di atas tanah persendirian diuruskan oleh perancangan dan garis panduan persekitaran yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri untuk mengurangkan kesan persekitaran yang buruk kepada ekosistem pulau.

 

Atas
   

:: Pusat Taman Laut

 

 Kemudahan dan Perkhidmatan  

Kemudahan bilik mandi dan tandas, meja untuk berkelah dan tempat barbeku disediakan di beberapa kawasan tertentu. Jeti di pusat pelancong disediakan untuk membawa pelancong memasuki pulau. Pihak pengurusan taman telah menyediakan boya penambat di atas batu karang untuk bot snorkel dan selam. Pelawat boleh membeli barangan seperti makanan dan minuman di kedai di kawasan kampung. Untuk menyewa peralatan menyelam dan mengisi tangki selam, pelawat boleh membuat pertanyaan di kedai selam yang berkenaan.

 

   
:: Perkara Yang Boleh Dilakukan dan Tidak Boleh Dilakukan
Taman ini menyediakan pelbagai peluang rekreasi luar bersesuaian seperti snorkel, menyelam, berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot, berenang, jungle tracking dan memanjat bukit, memerhati burung, meninjau hidupan liar dan fotografi di darat dan dasar laut. 
 
Snorkel dan menyelam merupakan cara terbaik untuk memerhati dan menikmati terumbu batu karang di P. Redang. Perairan di dalam taman menyediakan salah satu tempat menyelam yang paling menyeronokkan dan menakjubkan di Semenanjung Malaysia.  Jarak penglihatan adalah sangat baik hampir sepanjang tahun. 
   
P. Redang mempunyai beberapa tempat perkhemahan yang baik dengan pantai yang luas dan sesuai untuk perkelahan. Air yang cetek membolehkan aktiviti berenang dilakukan dengan selamat. Kesemuanya boleh didapati di teluk yang luas di Teluk Dalam ke utara dari pulau, Pasir Teluk Kalong dan Pasir Panjang; pantai yang lebih kecil dan terpencil berada di sebelah barat dan utara pantai, di Pasir Mak Simpan, Pasir Mak Kepit dan Pasir Chagar Hutang.
 
Penumpang bot boleh menikmati lawatan ke pulau-pulau yang memakan masa 12 jam, melihat pembentukan batuan dan hutan hujan yang meliputi sebahagian besar pulau ini.  
   

Pulau ini menyediakan kawasan semulajadi yang baik untuk mengembara dengan berjalan kaki. Ia boleh digabungkan dengan memerhati burung, melihat penyu dan meninjau haiwan dan tumbuhan. Fosil tumbuhan yang masih baik dari zaman Upper Paleozoic boleh dilihat di bahagian barat daya P. Redang di antara Pasir Macam Ayam dan Pasir Kechil. 

 

Atas
:: Bagaimana Ke Sana?
Mulakan kunjungan anda dari negeri pantai timur Terengganu di Semenanjung Malaysia. Terdapat perkhidmatan bot dari pelabuhan nelayan di Chendering, P. Kambing, Jeti Merang ke pulau-pulau. Anda boleh menaiki kapal terbang Berjaya Airlines terus ke Pulau Redang atau memandu dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia, ke bandar Kuala Terengganu. Perkhidmatan bas-bas dan teksi juga boleh didapati dari Kuala Lumpur. 
   
Masa perjalanan dari tanah besar ke pulau-pulau adalah lebih kurang 3 jam dari P. Kambing atau Chendering dan 2 jam dari Jeti Merang.
   
Ketika berada di kawasan Taman Laut, silalah berkunjung ke Pusat Pelawat di P. Pinang dan kami akan membantu dalam memberikan anda haluan serta segala maklumat yang diperlukan supaya anda dapat merancang lawatan anda dan menjadikannya sebagai satu lawatan yang sangat menyeronokkan. Penerangan mengenai gugusan pulau serta perairan di sekitarnya telah disediakan di pusat dalam bentuk pameran, peta, risalah, tayangan slaid/video dan ceramah untuk menambah keseronokan dan penghayatan anda terhadap biodiversiti marin dan pulau. Penerangan denai-denai dan kawasan-kawasan yang sentiasa menjadi perhatian akan ditekankan di pusat ini.
Atas
 
   

 

 

 

 

 
 
Hit
81446
Terakhir Dikemaskini
30 Julai 2012
Pengumuman
space
Perutusan Hari Raya Ketua Pengarah JTLM  new
Kenyataan Sebutharga JTLM-SHB132017  new
Kenyataan Sebutharga JTLM-SH272017  new
Kenyataan Sebutharga JTLM-SH282017  new
Pemberitahuan: Akta Perikanan 1985 - Perintah Penubuhan Taman Laut Malaysia (Pindaan) 2012
Pada 15 Ogos 2012 Jabatan Perikanan Malaysia telah membuat pindaan kepada nama pulau-pulau Taman Laut men...
Web Mobile JTLM
Dimaklumkan Laman Web JTLM kini boleh dilayari menerusi telefon...
space
space
PULAU TAMAN LAUT
ptl_terengganu
space
KALENDAR ACARA
space
CAPAIAN SISTEM
Symbiosis
MPMIS
Webmail
Intranet
space
space
BANCIAN
1Akses

space
Statistik Pelawat
Semasa: 71 | Hari Ini: 163 | Minggu Ini: 3820
Bulan Ini: 103774 | Tahun Ini: 1073148
Tahun Lepas: 2525812 | Keseluruhan: 15255960
Kemaskini Terakhir: 22/06/2017
Dapatkan maklumat terkini di sini
facebook twitteryoutube QRcode mobile

 

Paparan menarik, sila gunakan Internet Explorer 7.0 dah keatas atau Mozilla Firefox 3.0 dan keatas dengan saiz resolusi skrin 1024x768 piksel.
Hakcipta Terpelihara © 2012, Jabatan Taman Laut Malaysia.