script not supported

Perutusan


Profail Pengurusan Tertinggi



Dasar Jabatan



Piagam


Bahagian




Muat Turun Dokumen


Perkhidmatan Online



Umum


Pulau Taman Laut


Pengusaha Pelancongan


Statistik


Slide Pembentangan Biodiversiti Marin


Penerbitan & Publisiti


Info Perundangan


Galeri Aktiviti


Info Pendidikan


Laporan


Nota / Rujukan / Aduan Sistem










Jumaat, 24 November 2017
content layout space
Bahasa Malaysia | English
content layout space1
Smaller Text
Normal Text
Bigger Text
content layout space2
circle grey
circle blue
circle green
circle red
OKU
content layout space
control 1control 2control 3
 

Pahang

Pahang.jpg
   
Pulau Tioman adalah pulau terbesar di dalam gugusan 9 pulau-pulau (Pulau Tioman, Pulau Tulai, Pulau Labas, Pulau Sepoi, Pulau Seri Buat, Pulau Tokong Bahara, Pulau Gut, Pulau Cebeh dan Pulau Sembilang) yang membentuk Taman Laut Tioman. Terletak lebih kurang 32 batu nautika ke arah timur dari Tanjung Gemuk, Pahang, gugusan pulau ini dan perairan di sekitarnya digazet sebagai Taman Laut pada 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993). Selain itu, lima pulau lain, iaitu Pulau Renggis, Pulau Tumok, Pulau Soyak, Pulau Tasu dan Pulau Raja, turut termasuk dalam sempadan taman ini.        
Maklumat Pulau Tioman
Pusat Taman Laut

Perkara Yang Boleh Dilihat dan Dilakukan

Bagaimana Ke Sana?
 
Pulau Tioman berukuran lebih kurang 19 km panjang dan 11 km lebar. Pulau ini mempunyai pesisir pantai lebih kurang 69 km, di mana 29 km (42%) merupakan pantai berpasir manakala 58% lagi terdiri daripada cenuram dan tanjung tinggi yang berbatu. Sebahagian besar pantai berpasir boleh ditemui di pesisir pantai barat, khususnya di antara Tanjung Berhala dan Tanjung Mesoh. Pantai kecil juga boleh ditemui di Kg Juara dan Kg Mukut, di bahagian timur dan selatan pulau.
 
Pulau ini didominasi oleh bongkah granit yang meninggikan struktur batuan seperti batu-batu granit yang terdedah dengan satu lapisan tanah yang nipis. Bongkah batu yang terdedah boleh ditemui di pesisir pantai di Kampung Paya, Batu Sirau (747m), Nenek Si Mukut (685m) dan beberapa tempat di sepanjang denai ke puncak Gunung Kajang dengan ketinggian 1,030 meter.
 
Iklim gugusan pulau ini adalah panas dan lembab sepanjang tahun. Suhunya jarang jatuh di bawah 20°C walaupun pada waktu malam, dan biasanya mencecah 30°C atau lebih pada waktu siang. Kelembapan secara umumnya adalah sekitar 90%. Musim monsun adalah di antara November hingga Mac. Pada waktu ini, hujan lebat dan lautan di sekeliling bergelora, sehinggakan gugusan pulau ini sukar dihubungi dengan bot.
 
Aktiviti ekonomi utama di pulau ini ialah pelancongan. Pembangunan pelancongan adalah bertumpu di bahagian barat Pulau Tioman, dari Kg Air Batang di selatan sehingga ke Kg Tekek/Tanjung Said dan Tanjung Permata.
 
Pulau Tioman berkepadatan sederhana, dengan sekurang-kurangnya 9 buah kampung dan lebih kurang 3,000 penduduk yang menetap dan bekerja di pulau, biasanya sebagai nelayan, pekerja resort dan lain-lain. Pada kemuncak musim kedatangan pelancong, jumlah pelawat biasanya melebihi jumlah penduduk.
Top
 
:: Pusat Taman Laut
Kemudahan dan Perkhidmatan

Kemudahan bilik mandi dan tandas, meja untuk berkelah dan tempat barbeku disediakan di beberapa kawasan tertentu. Jeti di pusat pelancong membolehkan bot untuk ke pantai. Pihak pengurusan taman telah menyediakan boya penambat di atas batu karang untuk bot snorkel dan selam. Pelawat boleh membeli barangan seperti makanan dan minuman di kedai di kawasan kampung. Untuk menyewa peralatan menyelam dan mengisi tangki selam, pelawat boleh membuat pertanyaan di kedai selam yang berkenaan.

 

 
:: Perkara Yang Boleh Dilihat dan Dilakukan

Taman ini menyediakan pelbagai peluang rekreasi luar di darat dan di dasar laut yang bersesuaian. Terdapat beberapa denai yang direka khas dan pemandangan yang boleh dilihat termasuklah biawak, kera, helang, penyu dan pelanduk. Penyu hijau (Chelonia mydas) juga bersarang berdekatan Kampung Nipah dan Pulau Tulai. Aktiviti lain termasuklah rock climbing, meluncur air dan menyelam. Selam skuba dan snorkel adalah aktiviti yang paling popular.

 

Top
 
:: Bagaimana Ke Sana?
Udara
Terdapat satu lapangan terbang kecil di Pulau Tioman. Berjaya Air berlepas dua kali sehari ke pulau dari Kuala Lumpur dan Singapura.
 
Jalan Darat dan Laut
Laluan masuk utama ke Taman Laut Tioman adalah dari Tanjung Gemuk (Pahang) dan Mersing (Johor). Terdapat perkhidmatan feri berjadual (2 ½ jam perjalanan) dari jeti Tanjung Gemuk atau Mersing ke Pulau Tioman setiap hari. Terdapat juga perkhidmatan bas ekspress dari pekan dan bandar utama ke kedua-dua persinggahan ini. Laluan utama adalah seperti berikut:

•    Dari Kuala Lumpur ke Jeti Tanjung Gemok atau Jeti Mersing ( 5 ½  jam perjalanan).
•    Dari Singapura ke Jeti Tanjung Gemok atau Jeti Mersing ( 2 ½  jam perjalanan).
 
Pusat Pelancong
Ketika berada di kawasan taman, silalah berkunjung ke Pusat Taman Laut dan kami akan membantu dalam memberikan anda haluan serta segala maklumat yang diperlukan supaya anda dapat merancang lawatan anda dan menjadikannya sebagai satu lawatan yang sangat menyeronokkan. Penerangan mengenai gugusan pulau serta perairan di sekitarnya telah disediakan di pusat dalam bentuk pameran, peta, risalah, tayangan video dan ceramah untuk menambah keseronokan dan penghayatan anda terhadap biodiversiti marin dan pulau.
Top
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

 

 
 
Hit
65891
Terakhir Dikemaskini
30 Julai 2012
Pengumuman
space
Galeri Kejayaan NRE
Pemberitahuan: Akta Perikanan 1985 - Perintah Penubuhan Taman Laut Malaysia (Pindaan) 2012
Pada 15 Ogos 2012 Jabatan Perikanan Malaysia telah membuat pindaan kepada nama pulau-pulau Taman Laut men...
Web Mobile JTLM
Dimaklumkan Laman Web JTLM kini boleh dilayari menerusi telefon...
space
space
PULAU TAMAN LAUT
ptl_labuan
space
KALENDAR ACARA
space
CAPAIAN SISTEM
Symbiosis
MPMIS
Webmail
Intranet
space
space
BANCIAN
1Akses

space
Statistik Pelawat
Semasa: 75 | Hari Ini: 3418 | Minggu Ini: 30026
Bulan Ini: 129807 | Tahun Ini: 1858514
Tahun Lepas: 2525812 | Keseluruhan: 16041326
Kemaskini Terakhir: 08/11/2017
Dapatkan maklumat terkini di sini
facebook twitteryoutube QRcode mobile

 

Paparan menarik, sila gunakan Internet Explorer 7.0 dah keatas atau Mozilla Firefox 3.0 dan keatas dengan saiz resolusi skrin 1024x768 piksel.
Hakcipta Terpelihara © 2012, Jabatan Taman Laut Malaysia.