script not supported

Perutusan


Profail Pengurusan Tertinggi



Dasar Jabatan



Piagam


Bahagian




Muat Turun Dokumen


Perkhidmatan Online



Umum


Pulau Taman Laut


Pengusaha Pelancongan


Statistik


Slide Pembentangan Biodiversiti Marin


Penerbitan & Publisiti


Info Perundangan


Galeri Aktiviti


Info Pendidikan


Laporan


Nota / Rujukan / Aduan Sistem










Isnin, 21 Ogos 2017
content layout space
Bahasa Malaysia | English
content layout space1
Smaller Text
Normal Text
Bigger Text
content layout space2
circle grey
circle blue
circle green
circle red
OKU
content layout space
control 1control 2control 3
 

Kedah

kedah.jpg

     
Taman Laut Pulau Payar mengandungi empat buah pulau, Pulau Payar, Pulau Lembu, Pulau Kaca dan Pulau Segantang. Taman Laut Pulau Payar terletak lebih kurang 19nm ke selatan Pulau Langkawi, 32nm ke utara Pulau Pinang dan 15nm ke barat Kuala Kedah. Pulau-pulau ini digazetkan sebagai taman laut dalam tahun 1994 di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1993).       
Maklumat Pulau Payar
Pulau-pulau
Kemudahan dan Perkhidmatan
Melawat tempat-tempat dan Perkara Yang Boleh Dilakukan
Bagaimana ke sana
   
:: Pulau-pulau  
   
Pulau Payar adalah pulau yang terbesar, dengan keluasan 31.2 hektar dan panjangnya kira-kira 1.75km serta lebar lebih kurang 500 meter. Ia menaik ke 80-90 meter melebihi paras laut di kawasan paling tinggi. Pesisir pantai pulau ini lebih kurang 3.35 km dengan pantai yang sangat terhad dan tanah rata tanpa sumber air tawar. Terdapat empat pantai berpasir di sebelah timur pulau ini. Pantai di sepanjang timur barat dipenuhi batuan dan dicirikan oleh cenuram yang curam dan juga saluran yang terbentuk oleh ombak. Dua pantai yang terpanjang (lebih kurang 100 meter) terletak di hadapan pusat maklumat taman laut dan pelantar pelancong komersil. Seluruh pulau diliputi dengan tumbuhan yang padat.
   
Pulau kaca terletak di timur laut Pulau Payar. Pulau dengan keluasan 1.8 hektar ini adalah gabungan bongkah-bongkah batu dengan litupan tumbuhan yang jarang-jarang. Ia mencapai ketinggian kira-kira 10m melebihi paras laut.
   
Pulau Lembu terletak ke timur Pulau Kaca dan kira-kira 0.75nm ke timur laut Pulau Payar. Panjangnya adalah 0.75km dan mempunyai keluasan 6.9 hektar. Seluruh pulau diliputi dengan tumbuhan yang padat dan naik mendadak dari pantai ke ketinggian lebih kurang 70 meter. Terdapat satu pantai kecil di sebelah timur pulau.
   
Pulau Segantang terletak lebih kurang 6.7nm ke barat daya Pulau Payar dan terdiri daripada dua lapisan tanah berbatu yang bertemu di dasar laut. Lapisan tanah yang lebih besar adalah lebih kurang 200m panjang dan kira-kira 50m lebar, sementara lapisan tanah yang lebih kecil adalah lebih kurang 50m panjang dan 40m lebar. Tumbuhan yang bertaburan, terutamanya rumput boleh dijumpai di kedua-dua lapisan tanah.
   
Iklim  
Iklim di pulau-pulau ini biasanya panas dan lembap di sepanjang tahun. Suhunya jarang jatuh di bawah 20°C walaupun pada waktu malam, dan biasanya mencecah 30°C atau lebih pada waktu siang. Kelembapan secara umumnya adalah sekitar 90%. Musim hujan bermula semasa monsun barat daya dalam bulan Mei dan memuncak dalam bulan Oktober dengan purata hujan bulanan tertinggi. Musim kemarau boleh dilihat pada bulan Januari dan Februari di mana Januari merupakan bulan paling kering dengan min taburan hujan paling sedikit.
Atas
   
   
:: Kemudahan dan Perkhidmatan  
   
Di Pulau Payar, terdapat Pusat Taman Laut yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Pusat ini dapat memberikan anda haluan serta segala maklumat yang diperlukan supaya anda dapat merancang lawatan anda dan menjadikannya sebagai satu lawatan yang sangat menyeronokkan.
   
Penerangan mengenai gugusan pulau serta perairan di sekitarnya telah disediakan di pusat dalam bentuk carta, poster, peta, risalah, tayangan slaid/video untuk meningkatkan penghayatan anda terhadap persekitaran marin dan pulau.
   
Dua denai pejalan kaki juga disediakan untuk pengunjung menjelajahi Pulau Payar bagi melihat flora dan fauna daratan yang mempersonakan. Terdapat gazebo, meja berkelah dan kemudahan bilik rehat disediakan di tempat-tempat terpilih untuk kegunaan pengunjung.
   
Kawasan Berlabuh dan Boya Tambatan  
Untuk mengelakkan kemusnahan batu karang akibat aktiviti berlabuh, vesel tidak dibenarkan melabuhkan sauh dalam lingkungan kawasan taman laut dan penggunaan boya tambatan sangatlah digalakkan. Boya tambatan disediakan oleh pihak berkuasa taman di tempat-tempat terpilih di sekeliling pulau-pulau di Taman Laut Pulau Payar.
Atas
   
   
:: Melawat Tempat-tempat dan Perkara Yang Boleh Dilakukan  
   
Taman ini menyediakan pelbagai peluang rekreasi luar di darat atau di dasar laut bagi sesiapa yang berminat. Terdapat banyak denai pejalan kaki khas, dan pemandangan yang boleh dilihat termasuklah keluang endemik, biawak dan shore pit viper, memerhatikan burung dari 21 spesies burung liar seperti lang siput, crested serpent eagle dan pergam. Selam skuba dan snorkel adalah aktiviti utama bagi kebanyakan pengunjung ke Taman Laut Pulau Payar.

Salah satu perkara yang paling menarik untuk dilakukan melihat mamalia marin dan ikan di mana Taman Laut Pulau Payar adalah sebahagian laluan migrasi bagi ikan dan mamalia marin yang mengagumkan. Haiwan menakjubkan seperti sailfish, ikan lumba-lumba, ikan paus dan ikan yu paus boleh ditemui oleh penyelam dan pengunjung yang bernasib baik semasa musim panas di sekitar Oktober hingga Februari.
 Atas
   
   
:: Bagaimana Ke Sana?  
   
Melalui Laut  
Terdapat tiga pintu masuk utama ke Taman Laut Payar. Laluan paling hampir adalah dari Kuala Kedah. Terdapat juga ejen-ejen pelancongan dan hotel-hotel di Pulau Langkawi yang menyediakan perkhidmatan bot sewa dan feri untuk melawat Taman dan juga untuk sesiapa yang berminat melakukan aktiviti selam skuba. Perjalanan menggunakan bot mengambil masa 30 minit dari Kuala Kedah, dan dari Pulau Langkawi mengambil masa lebih kurang 1 jam. Perkhidmatan feri juga boleh didapati dari Pulau Pinang dan pengunjung akan sampai ke Pulau Payar dalam masa kira-kira dua jam. Perkhidmatan feri dari Pulau Langkawi dan Pulau Pinang boleh didapati setiap hari.
 Atas
   

 

 

Kemudahan di Taman Laut Pulau Payar

Di Pulau Payar, terdapat Pusat Taman Laut yang lengkap dengan pelbagai kemudahan. Pusat ini dapat memberikan anda haluan serta segala maklumat yang diperlukan supaya anda dapat merancang lawatan anda dan menjadikannya sebagai satu lawatan yang sangat menyeronokkan.Penerangan mengenai gugusan pulau serta perairan di sekitarnya telah disediakan di pusat dalam bentuk carta, poster, peta, risalah, tayangan slaid/video untuk meningkatkan penghayatan anda terhadap persekitaran marin dan pulau.Dua denai pejalan kaki juga disediakan untuk pengunjung menjelajahi Pulau Payar bagi melihat flora dan fauna daratan yang mempersonakan. Terdapat gazebo, meja berkelah dan kemudahan bilik rehat disediakan di tempat-tempat terpilih untuk kegunaan pengunjung.
 
 
 
Hit
6437
Terakhir Dikemaskini
30 Julai 2012
Pengumuman
space
Galeri Kejayaan NRE
Pemberitahuan: Akta Perikanan 1985 - Perintah Penubuhan Taman Laut Malaysia (Pindaan) 2012
Pada 15 Ogos 2012 Jabatan Perikanan Malaysia telah membuat pindaan kepada nama pulau-pulau Taman Laut men...
Web Mobile JTLM
Dimaklumkan Laman Web JTLM kini boleh dilayari menerusi telefon...
space
space
PULAU TAMAN LAUT
ptl_terengganu
space
KALENDAR ACARA
space
CAPAIAN SISTEM
Symbiosis
MPMIS
Webmail
Intranet
space
space
BANCIAN
1Akses

space
Statistik Pelawat
Semasa: 82 | Hari Ini: 338 | Minggu Ini: 5153
Bulan Ini: 98579 | Tahun Ini: 1336381
Tahun Lepas: 2525812 | Keseluruhan: 15519193
Kemaskini Terakhir: 05/08/2017
Dapatkan maklumat terkini di sini
facebook twitteryoutube QRcode mobile

 

Paparan menarik, sila gunakan Internet Explorer 7.0 dah keatas atau Mozilla Firefox 3.0 dan keatas dengan saiz resolusi skrin 1024x768 piksel.
Hakcipta Terpelihara © 2012, Jabatan Taman Laut Malaysia.