|
|
Perutusan Ketua Pengarah
![]() |
| Assalamualaikum dan salam sejahtera. |
| Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata kepada semua, terutamanya warga JTLM sempena kedatangan Tahun Baru 2013. |
| Tahun 2012 telah meninggalkan kita dan telah banyak peristiwa dan kejayaan yang telah dicapai oleh JTLM. Begitu juga dengan pencapaian kerja yang telah mencapai sasaran sepanjang tahun 2012. Saya berharap segala kejayaan yang kita raikan menjadi pembakar semangat kepada semua untuk terus mengekalkan prestasi kerja yang cemerlang dan berusaha menjadi warga kerja yang lebih baik pada tahun 2013. Ini membuktikan JTLM boleh berjaya dan melangkah lebih jauh lagi dalam pelbagai bidang terutama dalam pengurusan biodiversiti marin. |
| Namun begitu, terdapat juga kerja-kerja yang dirancang pada tahun 2012 yang tidak mencapai sasaran. Justeru itu, jadikan lah rintangan dan halangan yang dihadapi pada tahun 2012 sebagai batu lonjakan untuk terus memperbaiki perkhidmatan kita dan menjadi lebih baik pada tahun 2013. |
| Dengan ketibaan tahun 2013, marilah kita menetapkan azam untuk lebih berusaha, mengeratkan lagi kerjasama serta memupuk semangat kerja berpasukan di antara semua warga JTLM agar dapat mencapai Misi, Visi dan Objektif Jabatan kita. |
| Disamping berusaha mempertingkatkan pencapaian perkhidmatan, hendaklah sentiasa menjaga kesihatan diri agar dapat melaksanakan tugas-tugas yang mendatang dengan ketenangan. |
| Semoga dengan kehadiran tahun 2013 menjadikan Jabatan kita lebih maju dan terus cemerlang di masa akan datang. |
| Selamat Tahun Baru 2013. |
| Sekian terima kasih. |
![]() |
| Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia |
Hit
682
682
Terakhir Dikemaskini
3 Januari 2013
3 Januari 2013

.gif)








