Fungsi Bahagian Organisasi JTLM

 

   
     
Pengarah Bahagian Perancangan dan Pengurusan Taman Laut
(Ab Rahim Bin Gor Yaman)

 

Bahagian Perancangan dan Pengurusan telah dibahagikan kepada Seksyen Perancang, Pembangunan dan Korporat dan Seksyen Pengurusan Taman. Fungsi setiap Seksyen tersebut diterangkan seperti di bawah:

Seksyen Perancang, Pembangunan dan Korporat

  • Mengesan, memilih dan mempertahankan kepentingan Malaysia di peringkat antarabangsa berkaitan hal-hal pengurusan ekosistem marin.
  • Menjalinkan perhubungan dan melaksanakan kerjasama teknikal di peringkat antarabangsa berkaitan dengan pengurusan ekosistem marin terutama pengurusan Taman Laut.
  • Mengkaji dan mengenalpasti isu-isu yang berkaitan pertalian antara pengurusan ekosistem marin dan perdagangan serta hal-hal berkaitan dengan Perjanjian Alam Sekitar pelbagai hala dan Pertubuhan Perdagangan Sedunia seperti Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD), Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Spesies Flora Dan Fauna Liar Terancam (CITES), Protokol Kyoto.
  • Bertindak sebagai  “Focal Point” untuk projek pembiayaan dari luar negara seperti UNDP, UNEP, GEF, Bank Dunia, JICA, DANIDA.
  • Bertindak sebagai wakil negara bagi jawatankuasa peringkat antarabangsa yang berkaitan dengan pengurusan ekosistem marin seperti International Coral Reef Iniatative (ICRI).
  • Menjadi Focal Point untuk projek ’intergovernmental body’, seperti COBSEA (Coordinating Body of South East Asia Sea’s) hal berkaitan Kawasan Perlindungan Marin.
  • Menjadi ’Sub-component focal point’ untuk sumber terumbu karang bagi projek tajaan Global Environmental Facilities (GEF) bertajuk ’Reversing the Environmental Degradation of South China Seas’.
  • Mengubal dan mengurus secara keseluruhan mengenai perancangan untuk mencapai hala tuju, misi dan visi Jabatan.
  • Mengkaji polisi Taman Laut berkaitan eko-pelancongan, perikanan, pemuliharaan, biodiversiti, penguatkuasaan, penyelidikan dan antarabangsa.
  • Menjadi urusetia kepada mesyuarat jawatan kuasa teknikal seperti Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Laut dan Rizab Laut, Jawatankuasa Teknikal Inventori Biodiversiti Marin.
  • Memantau pelaksanaan Sasaran Kerja Utama Jabatan.
  • Menyelaras urusan Parlimen merangkumi soalan parlimen.
  • Menyelaras urusan Mesyuarat Kabinet dan kertas jemaah menteri.
  • Menyelaras lawatan delegasi luar negeri.
  • Menyelaras dan memantau segala program usahasama antara agensi dalam negara.
  • Menyelaras dan menerbit Laporan Tahunan.
  • Mengurusetia pertandingan inovasi peringkat Jabatan.

Seksyen Pengurusan Taman

  • Mengurus, memantau dan mengenal pasti kepentingan serta aktiviti golongan “stakeholder” dan pelawat.
  • Membentuk pelan pengurusan pelancongan di Taman Laut.
  • Mengumpul data-data berkaitan industri pelancongan di Taman Laut.
  • Ahli Jawatan Kuasa Pelancongan Persekutuan dan Jawatankuasa Keselamatan Pelancongan Kebangsaan.
  • Menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Pelancongan Peringkat Negeri.
  • Membentuk dan mempromosikan amalan pelancongan  alam sekitar terbaik kepada stakeholder, operator pelancongan dan pelancong di kawasan Taman Laut.
  • Menentukan kriteria dan memberikan  pengiktirafan alam sekitar kepada pengusaha pelancongan di Taman Laut.
  • Pembentukan Pelan Pengurusan untuk setiap gugusan Taman merangkumi :

    • Sistem Pengezonan  Aktiviti.
    • Program Rehabilitasi.
    • Sistem Pengawaselian dan Pemantauan Aktiviti.
    • Sistem Pemantauan Habitat.
    • Sistem Pengurusan Maklumat Dan Data.
    • Program Kesedaran Dan Pendidikan Alam Sekitar Marin Dan Taman Laut.
    • Pelan penyelidikan dan sistem pemantauan alam sekitar marin.
    • Program pembangunan infrastruktur dan kemudahan.
    • Pelan pembangunan kapasiti sumber manusia.
    • Kadar Daya Tampungan ('carrying capacity').
    • Penentuan dan peningkatan Nilai Ekonomi habitat.
  • Semakan semula dan mengemas kini Pelan Pengurusan Taman setiap 5 tahun.
  • Menyelaras pelaksanaan Pelan Pengurusan Taman yang telah dibentuk.
  • Mengenalpasti lokasi dan habitat di dalam perairan Taman Laut yang mempunyai nilai konservasi, biodiversiti, komersil dan tahap kesihatan sumber terumbu karang.
  • Mengenal pasti spesies penunjuk utama bagi setiap habitat spesifik dari segi kesihatan, biodiversiti, endemik atau terancam dan nilai komersil.
  • Mengenal pasti isu dan ancaman terhadap habitat spesifik untuk mendapatkan gambaran secara keseluruhan status ekosistem marin di dalam perairan Taman Laut.
  • Mengurus dan mengemaskini status pengurusan habitat berdasarkan pelan pengurusan sedia ada.
  • Mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk digazetkan sebagai kawasan perlindungan marin.

 

 

 

 
 
 
 
 
 
 

 

 

     
 
Pengarah Bahagian Penyelidikan dan Inventori Sumber
( Shahima Binti Abdul Hamid )

 

Dua (2) Seksyen iaitu Seksyen Penyelidikan dan Seksyen Inventori Sumber telah diletakkan di bawah Bahagian Penyelidikan dan Inventori Sumber, Jabatan Taman Laut. Fungsi setiap Seksyen tersebut diterangkan seperti di bawah:

Seksyen Penyelidikan

  • Mewujudkan mekanisma jaringan perhubungan antara universiti dan institusi penyelidikan bagi mempertingkatkan maklumat penyelidikan untuk pengurusan ekosistem marin.
  • Menyelaras penyelidikan bersama universiti dan institusi penyelidikan luar dan dalam negara.
  • Membentuk Bidang Keutamaan Kajian ('Research Priority Area') dan Pelan Penyelidikan berkaitan ekosistem marin.
  • Merancang, menyelaras dan mendapatkan dana bagi program penyelidikan dan pemantauan.
  • Menyelaras dan menerbit Laporan Penilaian Dan Analisis Penyelidikan.
  • Menyelaras dan mengurus Permit Kajian.
  • Membangun dan menyebarkan kit analisa piawai serta prosedur penyimpanan.

 

Seksyen Inventori Sumber

  • Merancang, menyelaras dan melaksanakan program pemantauan jangka panjang di kawasan Taman Laut :
    • Pemantauan sumber marin termasuk terumbu karang.
    • Tahap dan kesan sedimentasi terhadap habitat.
    • Kualiti Air.
    • Pergerakan arus, morfologi pantai dan hidrodinamik.
    • Kesihatan organisma termasuk kajian penyakit.
    • Fenomena alam yang berkaitan seperti El-Nino, La-Nina, Tsunami, Monsoon.
    • ‘Biological Outbreak’ dan tahap infestasi seperti algal bloom, Crown of Thorns dan Drupella spp.
  • Menghasilkan laporan status kesihatan habitat di kawasan Taman Laut.
  • Memantau perjalanan projek pembangunan di Pulau Taman Laut agar ikut tindakan mitigasi yang di syorkan.
  • Menjalankan Kajian EIA ke atas projek-projek yang dicadangkan.
  • Menjalankan pemantauan beberapa aspek ’key indicator’ seperti ikan, terumbu karang bagi semua projek yang dapat kelulusan EIA pada masa sebelum, semasa dan selepas perlaksanaan projek.
  • Memberi nasihat teknikal dan ulasan kepada agensi-agensi yang terlibat dalam meluluskan projek pembangunan di Taman Laut.
  • Menjadi ahli kepada Jawatankuasa Penilaian bagi laporan penilaian alam sekitar untuk semua permohonan projek pembangunan yang dicadangkan untuk dijalankan di kawasan taman laut.

 

 

 

 

 

     
     
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan
(Abd. Muntalib B. Juli)

 

Bahagian Penguatkuasaan dan Pelesenan telah dibahagikan kepada Seksyen Penguatkuasaan dan Seksyen Pelesenan. Fungsi setiap Seksyen tersebut diterangkan seperti di bawah:

Seksyen Penguatkuasaan

  • Menguatkuasakan segala perundangan dan peraturan yang berkaitan dengan Taman Laut.
  • Mengeluarkan kompaun.
  • Menjalankan aktiviti risikan sebelum satu-satu operasi dilaksanakan.
  • Menjalankan penyiasatan bagi setiap kes tangkapan dan mengeluarkan Kertas Siasatan.
  • Menyelia dan memantau perlaksanaan penguatkuasaan peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
  • Menyimpan rekod-rekod kesalahan di Taman Laut.
  • Memastikan peralatan dan logistik Taman Laut di lapangan sentiasa cukup dan berada dalam keadaan baik.
  • Menyelenggara semua peralatan.
  • Menyimpan rekod inventori dan penyelenggaraan peralatan.
  • Membekalkan kakitangan dengan peralatan dan kemudahan yang di perlukan untuk operasi.
  • Perolehan dan penghantaran bekalan bahan mentah (minyak diesel & petrol) untuk kegunaan bot dan enjin janakuasa.
  • Menguruskan bekalan air ke Taman Laut.
  • Memantau perjalanan bot serta aktiviti rondaan di semua Pusat Taman Laut.

Seksyen Pelesenan

  • Mengkaji kertas-kertas cadangan dari institusi penyelidikan, pihak swasta, universiti, NGO dan pihak lain yang berminat menjalankan kajian di Taman Laut.
  • Meluluskan / tidak meluluskan sesuatu projek yang dicadangkan.
  • Mengenakan syarat-syarat yang berpatutan kepada pihak-pihak yang menjalankan kajian.
  • Mengeluarkan permit kepada projek-projek yang telah diluluskan.
  • Menyelia, merekod dan memantau perjalanan projek supaya mengikut prosedur yang sah seperti di dalam permit yang telah di keluarkan.
  • Mengkaji segala kertas cadangan untuk menjalankan aktiviti di Taman Laut selain untuk tujuan penyelidikan.
  • Meluluskan/tidak meluluskan sesuatu projek yang dicadangkan.
  • Mengenakan syarat-syarat yang berpatutan kepada pihak-pihak yang menjalankan aktiviti di Taman Laut.
  • Mengeluarkan permit/lesen kepada aktiviti-aktiviti yang telah diluluskan.
  • Menyelia, merekod dan memantau perjalanan aktiviti supaya mengikut prosedur yang sah seperti di dalam permit yang telah dikeluarkan.

 

 

   
 
Pengarah Bahagian Pendidikan dan Interpretasi Maklumat
(Halijah Binti Mat Sin)

 

Bahagian Pendidikan dan Interpretasi Maklumat dibahagikan kepada Seksyen Pendidikan dan Interpretasi dan Seksyen Teknologi Maklumat. Fungsi setiap Seksyen tersebut diterangkan seperti di bawah:

Seksyen Pendidikan dan Interpretasi

  • Menerbit bahan-bahan hasil penyelidikan, pemuliharaan biodiversiti biologi dan kawasan perlindungan untuk tujuan penyebaran.
  • Menyelia pembabitan Taman Laut dalam pameran dan ekspo dalam dan luar negara.
  • Menerbitkan majalah atau risalah untuk sebaran dalam Jabatan serta untuk orang ramai.
  • Menggalakkan sumbangan kakitangan Jabatan dalam bentuk artikel dan gambar untuk diterbitkan.
  • Menyediakan bahan-bahan untuk kegunaan media cetak dan media massa.
  • Peningkatan kesedaran awam melalui koleksi bahan-bahan kepelbagaian biologi yang mempunyai nilai-nilai saintifik.
  • Penyelarasan program pendidikan konservasi Jabatan dan koordinasi dengan pelanggan dan ‘stake holders’.
  • Perancangan dan pemantauan program pendidikan konservasi, pembangunan kurikulum dan pembangunan program.
  • Merancang peningkatan kesedaran awam melalui pelaksanaan program-program pendidikan konservasi.
  • Menguruskan acara-acara yang melibatkan Taman Laut dengan mana-mana pihak dalam program kesedaran awam.
  • Menjalankan kempen kesedaran bagi mendekati pelanggan.

Seksyen Teknologi Maklumat

  • Mengumpul, menyimpan dan mengemaskini data dan maklumat saintifik serta statistik pelancong ke Taman Laut secara berkala.
  • Membantu mendokumentasikan dan memantapkan maklumat kepelbagaian spesies.
  • Mengadakan satu pengkalan data lengkap (Spesies Directory) mengenai kepelbagaian biologi serta pangkalan data pelancong secara “web-based”.
  • Mengumpul data mengenai resort “eco-friendly”, mengadakan “rating scheme” ke atas resort-resort ini dan memasukkan ke dalam laman wed Jabatan.
  • Merekod dan mengawal sumber maklumat dan pergerakkannya.
  • Memastikan sistem pangkalan data berjalan dengan lancar dan teratur.
  • Membangun, mengemaskini dan menyelia Lawan Web Taman Laut.
  • Bangunkan teknologi untuk pemetaan terumbu karang dan pengesanan pergerakan hidupan laut yang lain.
  • Merancang dan melaksanakan penggunaan teknologi multimedia untuk tujuan komunikasi.
  • Membangunkan sistem ‘networking’ dan pengurusan maklumat Jabatan.
  • Meningkatkan teknologi dan mengurangkan pengunaan manusia untuk meminimakan kesilapan-kesilapan yang boleh dielakkan.
  • Membangun dan menyebarkan kaedah dan garis panduan bagi prosidur dan piawai sistem database Jabatan.
 
 
 
 
 
 
 


 

  

   
 
Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan
( Zahed Bin Saidin )

 

Di bawah Bahagian Khidmat Pengurusan, tiga (3) Seksyen Utama telah dibentuk dan tiada unit di pecahkan bagi setiap Seksyen. Tiga Seksyen tersebut adalah Seksyen Pentadbiran, Seksyen Pengurusan Sumber Manusia dan Seksyen Kewangan. Fungsi setiap Seksyen tersebut diterangkan seperti di bawah:

Seksyen Pentadbiran

  • Menyelia pentadbiran dan perjalanan urusan Jabatan secara keseluruhannya.
  • Memastikan urusan pentadbiran Jabatan berjalan dengan lancar.
  • Memastikan pekeliling dilaksanakan dengan baik dan mengikut prosedur.
  • Pengurusan aset/stor.
  • Penyelenggaraan bangunan.
  • Menyelia kursus dalaman seperti stor, pelupusan, dan lain-lain.
  • Mengurus perpustakaan.
  • Menjalankan naziran perkhidmatan.

Seksyen Pengurusan Sumber Manusia

  • Menguruskan hal-hal:-
    • Pengambilan & Pelantikan kakitangan.
    • Penempatan/pertukaran.
    • Perkhidmatan.
    • Kenaikan pangkat.
    • Tata tertib.
    • Peperiksaan PTK.
    • Kualiti/PKPA.
    • Kaunseling.
    • Pencen.
    • Pengisytiharan harta.
    • Tapisan Keselamatan.
  • Urus setia mesyuarat Jawatan kuasa Latihan dalam jabatan.
  • Urus Setia Mesyuarat Lembaga Peperiksaan Jabatan KTPK.
  • Urusetia Mesyuarat Jawatankuasa PIN dan Keutuhan Pengurusan.
  • Menguruskan permohonan kelulusan KSU / KP untuk mengadakan dan menghadiri kursus anjuran swasta/ badan berkanun dan lawatan luar negeri.
  • Merancang dalam meningkatkan kapasiti sumber tenaga manusia melalui kursus dan latihan termasuk latihan teknikal luar negara.
  • Menguruskan hal-hal pemangkuan dan naik pangkat dan tanggung kerja.
  • Pengurusan dan penyelenggaraan fail dan rekod kakitangan.
  • Menguruskan permohonan elaun khas, elaun menyelam dan sebagainya.

Seksyen Kewangan

  • Menyedia dan menyelaras anggaran belanjawan tahunan jabatan.
  • Mengurusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan Dan Akaun.
  • Mengurusetiakan Naziran kewangan kepada PTJ.
  • Menyediakan waran peruntukan.
  • Menyediakan laporan kewangan berkala untuk jabatan.
  • Mengesan data urusniaga utama jabatan.
  • Menyelia perkara yang berkaitan dengan sebutharga, tender dan rundingterus.
  • Menguruskan surat tawaran dan dokumen kontrak.
  • Memproses dan menyediakan pesanan tempahan kerajaan.
  • Penyediaan input lembaran gaji berkomputer bagi semua pegawai dan kakitangan jabatan.
  • Menyempurnakan urusan pra-pembayaran rekod perakaunan.
  • Menyempurnakan urusan pungutan hasil dan pengendalian.
  • Menyempurnakan urusan pungutan hasil dan pengendalian rekod-rekod perakaunan khususnya bagi amanah dan deposit.
  • Mengemaskinikan rekod Tabung Amanah.
  • Menyediakan akaun Tabung untuk semakan audit.
  • Menguruskan Caj Pemuliharaan dan lain-lain Caj yang dikenakan kepada mereka yang menggunakan kemudahan Taman Laut.
  • Merancang dan membangunkan ekonomi dana.

 

 

   
     
Pengarah Bahagian Kejuruteraan
( Mohd Kamal Bin Mohd Yusof)
 
 
 
Tiada Seksyen dibahagikan di bawah Bahagian Kejuruteraan. Fungsi bahagian tersebut diterangkan seperti di bawah:
  • Mengurusetia dan menyelaras mesyuarat berkaitan pelaksanaan projek pembangunan serta penyediaan laporan untuk agensi pusat.
  • Menyediakan dan menyelaras anggaran Belanjawan Pembangunan Tahunan, Rancangan Lima Tahun Malaysia dan Kajian Separuh Penggal.
  • Menyelaras, memeriksa dan memperakukan penyediaan permohonan peruntukan pembangunan tahunan kepada agensi pusat.
  • Memantau dan menyelaras pelaksanaan projek pembangunan Jabatan dengan menggunakan Sistem Pemantauan Projek (SPP) II.
  • Menganalisis impak keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan.
 
 

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

Adakah anda tahu apa perkara pertama anda boleh lakukan untuk melindungi Lautan? Belajar! Belajar semua anda boleh mengenai ancaman-amcaman kepada lautan dan hidupan laut. Pertama sekali, pemanasan Global (perubahan iklim / perubhan iklim mendadak) ancaman nombor satu bukan sahaja untuk hidupan laut tetapi kepada kesemua kehidupan kita.

Statistik Pelawat
Semasa : 22   |   Hari Ini : 385   |   Minggu Ini : 385   |   Bulan Ini : 3950   |   Tahun Ini : 33676 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 546933
Kemaskini Terakhir : 31/01/2012