IsnSelRabKhaJumSabAha

Pautan Khas

 

 

 

Etika Di Terumbu Karang
Print

bullet3.gif Jika anda berenang, snorkel, skuba, atau selam bebas, terumbu karang adalah koloni haiwan kecil yang mengambil masa beratus tahun untuk membentuk struktur-struktur yang dapat dilihat pada hari ini.
bullet3.gif Jangan berdiri di atas Terumbu Karang
bullet3.gif Melabuhkan sauh adalah dilarang
bullet3.gif Tidak dibenarkan menyentuh hidupan karang
bullet3.gif Elakkan dari mengganggu hidupan karang
bullet3.gif Elakkan dari membuang sampah

 

Jika anda berenang, snorkel, skuba, atau selam bebas

Terumbu karang adalah koloni haiwan kecil yang mengambil masa beratus tahun untuk membentuk struktur-struktur yang dapat dilihat  pada hari ini.

Menyentuh Batu karang untuk melihat rupabentuknya boleh menyebabkan kematian koloni secara menyeluruh. Minyak daripada kulit anda boleh mengganggu membran halus yang berlendir yang melindungi binatang ini daripada penyakit.


Jangan berdiri di atas Terumbu Karang

Jangan berjalan atau berdiri di atas  terumbu karang, kerana ini boleh membunuh polip karang yang hidup. Polip merupakan pembina struktur terumbu karang. Pertimbangkan penggunaan alat pengapungan (yang diletakkan di bawah dada) jika anda  bukan perenang yang baik dan jangan berdiri di atas terumbu karang untuk membetulkan kedudukan topeng. Berenang dengan baik dan  cuba untuk mengelak kemungkinan menendang terumbu karang, mencari satu kawasan  berpasir atau tempat cetek yang bebas dari karang untuk berdiri. Jangan menyentuh, mengutip atau memegang hidupan terumbu karang.


Melabuhkan sauh adalah dilarang


Jika boya penambat tidak didapati, gunakan sauh pasir untuk berlabuh yang  diletakkan jauh daripada pembentukan terumbu karang dan dari tempat anda mahu menyelam, kemudiannya membenarkan bot untuk hanyut ke kawasan berhampiran terumbu karang. Sentiasa pastikan sauh selamat di atas pasir sebelum  menyelam di terumbu karang.

Malah penyelam berpengalaman kadangkala dengan tidak sengaja melanggar atau memecah karang, jadi mereka yang kurang berpengalaman seharusnya lebih berhati-hati


Tidak dibenarkan menyentuh hidupan karang


Satu kecuaian boleh memusnahkan keseluruhan komuniti.Terumbu karang adalah nadi utama untuk  kehidupan laut yang luas dan yang  masih tidak dikenali. Zoothanthellae yang tinggal dalam karang menghasilkan oksigen yang diperlukan untuk karang hidup dan berkembang. Tanpa alga, terumbu karang tidak membesar dan organisma marin tidak akan wujud. Apabila terumbu karang dimusnahkan dengan penggunaan peluntur klorin atau bahan kimia berbahaya yang lain untuk amalan memancing, ia akan membunuh alga dan terumbu karang. Apabila anda memusnahkan karang, kelangsungan kehidupan marin terjejas dan kekayaan hasil kehidupan marin untuk generasi akan datang pudar.


Elakkan dari mengganggu hidupan karang


Haiwan karang adalah dengan mudah tertekan dan mengganggu mereka boleh mengganggu pemakanan dan pengawanan mereka.


Elakkan dari membuang sampah


Membuang sampah membahayakan hidupan laut dan merosakkan keindahan semulajadi batu karang. Membuang sampah ke dalam tong sampah atau mengambil ia kembali dengan anda.
Dikemaskini pada 11/06/2010
 11762732 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

Malaysia terkenal di dunia dengan kepelbagaian karangnya. Dianggarkan negara kita mempunyai lebih dari 650 spesies dari 800 spesies karang jenis keras yang wujud di dunia. Walaubagaimanapun,kini hanya 350 spesies telah direkodkan.

Statistik Pelawat
Semasa : 21   |   Hari Ini : 387   |   Minggu Ini : 387   |   Bulan Ini : 3952   |   Tahun Ini : 33678 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 546935
Kemaskini Terakhir : 31/01/2012