Sembilan lokasi menyelam popular di seluruh negara membabitkan enam pulau yang diwartakan sebagai Taman Laut, ditutup sementara berkuat kuasa 2 Julai hingga 31 Oktober ini berikutan mengalami kelunturan karang serius.
Beberapa lokasi yang terlibat adalah seperti berikut :
Pulau Payar, Kedah : Teluk Wangi, Pantai Damai dan Coral Garden;
Pulau Perhentian, Terengganu : Teluk Dalam, Pulau Perhentian Besar, Tanjung Tukas Darat and Tanjung Tukas Laut;
Pulau Redang, Terengganu : Teluk Bakau, Pulau Tenggol, Teluk Air Tawar;
Gugusan Pulau Tioman, Pahang : Pulau Chebeh dan Batu Malang;
Turut terbabit dalam langkah penutupan sementara itu adalah tiga lokasi di tiga pulau belum diwartakan sebagai Taman Laut iaitu Pulau Rengis, Tumok dan Soyak di Pahang.
Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM), Abd Jamal Mydin, berkata penutupan sementara lokasi di pulau terbabit berikutan kelunturan karang serius dan meluas, selain mengelak batu karang terus musnah.