IsnSelRabKhaJumSabAha

Pautan Khas

 

 

 

9 Lokasi Menyelam Popular Ditutup
Print

LANGKAWI: Sembilan lokasi menyelam popular di seluruh negara membabitkan enam pulau yang diwartakan sebagai Taman Laut, ditutup sementara berkuat kuasa 2 Julai hingga 31 Oktober ini berikutan mengalami kelunturan karang serius.

 

Lokasi berkenaan ialah Teluk Wangi, Pantai Damai dan Coral Garden; Pulau Payar di Kedah; Pulau Redang-Teluk Bakau, Pulau Tenggol-Teluk Air Tawar, Pulau Perhentian Besar-Teluk Dalam dan Pulau Perhentian Besar-Tanjung Tukas Darat – Tanjung Tukas Laut (Terengganu), Pulau Chebeh dan Batu Malang serta Gugusan Pulau Tioman (Pahang). Turut terbabit dalam langkah penutupan sementara itu adalah tiga lokasi di tiga pulau belum diwartakan sebagai Taman Laut iaitu Pulau Rengis, Tumok dan Soyak di Pahang.
 
Ketua Pengarah Jabatan Taman Laut (JTL), Abd Jamal Mydin, berkata penutupan sementara lokasi di pulau terbabit berikutan kelunturan karang serius dan meluas, selain mengelak batu karang terus musnah. Katanya, jabatan memutuskan menutup sementara sembilan kawasan menyelam popular itu selepas pemantauan mendapati kawasan terbabit kelunturan karang sehingga 90 peratus. "Fenomena ini pernah berlaku pada 1998 dan berulang pada 2006. Bagaimanapun, kejadian yang dikesan bermula awal Jun lalu lebih serius dan terpaksa ditutup kepada aktiviti rekreasi," katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkaitan perkara itu bersama jabatan kerajaan dan agensi swasta di Kompleks Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) di sini, semalam. Abd Jamal bagaimanapun berkata, orang ramai boleh mengunjungi 26 pulau popular diwartakan Taman Laut, termasuk di Kedah sebanyak empat pulau, Terengganu (13 pulau) dan Pahang (sembilan pulau). 
 
Katanya, hanya kawasan tertentu di pulau terbabit ditutup kepada pengunjung selama tiga bulan sehingga 31 Oktober ini, bagi tujuan menanam semula batu karang dan membina tukun tiruan. “Bagi mempercepatkan proses pemulihan, jumlah pengunjung ke Taman Laut akan dihadkan. Sebagai contoh, pengunjung ke Pulau Payar, Langkawi dikurangkan kepada 200 orang, berbanding 400 orang sehari sebelum ini. “Bagi Pulau Payar, hanya tiga lokasi yang ditutup atau kira-kira 18 peratus daripada keseluruhan kawasan menyelam, Pulau Redang (empat lokasi, lapan peratus), Pulau Tioman (dua lokasi, 14 peratus),” katanya.
 
Sumber : http://www.bharian.com.my/bharian/articles/9lokasimenyelampopularditutup/Article

 

Dikemaskini pada 22/07/2010
 2027 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

.....oleh kerana beliau terlebih dahulu merekodkan pemerhatian pada hidupan laut, Aristotle kerap dirujuk sebagai bapa biologi samudera.

Statistik Pelawat
Semasa : 19   |   Hari Ini : 354   |   Minggu Ini : 354   |   Bulan Ini : 3919   |   Tahun Ini : 33645 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 546902
Kemaskini Terakhir : 31/01/2012