Pautan Khas

 

 

 

Labuan
Print

Labuan.jpg
 
Pulau Labuan terletak di pantai barat Sabah dan lebih kurang 8 kilometer daripada titik terdekat Sabah dan kira-kira 123 kilometer daripada Kota Kinabalu yang merupakan Ibu Negeri Sabah. Perairan 2 batu nautika dari pantai yang mengelilingi 3 buah pulau kecil ini, telah diisytiharkan sebagai Taman laut selepas 1994. Tiga buah pulau tersebut adalah Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Rusukan Besar, yang terletak di barat daya Pulau Labuan.     
Maklumat Pulau Kuraman
   
Pusat Taman Laut
Daya Tarikan
Bagaimana Ke Sana
Masa Terbaik Untuk Berkunjung
Atas

:: Bangunan Pentadbiran Jabatan Taman Laut Labuan

Pusat Taman Laut Labuan terletak di Aras 15(C) Blok 4, Menara Pejabat, Kompleks Ujana Kewangan Labuan, Jalan Merdeka, W.Persekutuan Labuan.
Atas
 
:: Daya Tarikan

labuan_underwater.jpg

Fotografi dasar laut

 
Pulau Kuraman terletak kira-kira 14 kilometer daripada Pelabuhan Victoria, Labuan dan bersaiz lebih kurang 5.2 kilometer persegi. Ia mempunyai dua pantai yang putih dan cantik, sesuai untuk berkelah dan berjemur di bawah sinaran matahari.
 
Pulau ini dikelilingi oleh batu karang keras; spesies paling mudah ditemui adalah Acropora tubinaria. Batu karang boleh dijumpai di kedalaman 8 - 13 meter. Pulau Rusukan Kecil terletak berhampiran Pulau Kuraman dan keluasannya hanya 8 ha. Terumbu karang di sekitar Pulau Rusukan Kecil kebanyakannya terdiri daripada spesies Acropora dan Platygyra.
 
Perairan d isekeliling pulau ini adalah amat sesuai untuk snorkel dan berenang. Terdapat juga tempat-tempat untuk berkhemah dan berkelah. Pulau Rusukan Besar bersaiz lebih kurang 14 ha dan terletak bersebelahan Pulau Kuraman, dan lebih kurang 15km daripada Pelabuhan Victoria. Terdapat terumbu karang di perairan barat, timur dan selatan pulau tersebut. Perairan di sebelah timur dan selatan pulau tersebut sangat sesuai untuk aktiviti snorkel dan memerhati dari bot "glass-bottom”, serta selam skuba.
 
Selain 3 buah pulau ini, pelawat-pelawat ke Labuan juga boleh melawat beberapa tukun kapal karam untuk menyelam di mana karang, terutamanya karang lembut dan hidupan marin boleh dijumpai dengan banyaknya. Tukun kapal karam ini dikenali sebagai "Cement Wreck", "American Wreck", "Australian Wreck" dan "Blue Water Wreck". Penyelam yang boleh menyelam di tukun kapal karam ini terdiri daripada penyelam baru hinggalah ke penyelam berpengalaman yang boleh menyelam sehingga ke dalam rangka kapal. Terdapat 3 pengusaha "Dive-tour" di Labuan yang membawa pelawat ke 3 buah pulau ini dan ke tukun kapal karam untuk aktiviti snorkel dan menyelam.
 

labuan_ship_wreck.jpg

Selaman di tukun kapal karam

Atas
 
:: Bagaimana ke sana?
Melalui Udara
Labuan boleh dihubungkan melalui penerbangan dari Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu. Tempoh penerbangan adalah masing-masing 2½ jam dan 20 minit.
 
Melalui Kapal
Perjalanan melalui kapal dari Pelabuhan Victoria ke 3 buah pulau mengambil masa kira-kira 30 minit. Perjalanan dari Pelabuhan ke tukun kapal karam mengambil masa 30 minit hingga 1½ jam.
Atas
 
:: Masa Terbaik Untuk Berkunjung
Masa terbaik untuk melawat Pusat Taman Laut Labuan adalah di antara bulan Februari hingga Oktober.
Atas

 

Dikemaskini pada 23/11/2010
 11779 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

Secara purata, tumbesaran karang hanya sekitar 1-2cm/tahun. Ini bermakna terumbu karang yang rosak akan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan...kira-kira 20 hingga 50 tahun!!

Statistik Pelawat
Semasa : 24   |   Hari Ini : 703   |   Minggu Ini : 4385   |   Bulan Ini : 13985   |   Tahun Ini : 121695 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 634952
Kemaskini Terakhir : 17/05/2012