Tentang TAMAN LAUT Malaysia

Taman Laut adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas air surut terendah, kecuali Pulau Kapas di Terengganu, Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Besar dan Pulau Rusukan Kecil di Labuan yang dizonkan sejauh satu batu nautika dari tikas air surut terendah. Taman Laut ditubuhkan untuk melindungi dan memulihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik.

Pulau Taman Laut

Aktiviti Dibenarkan
bullet3.gif Selam  scuba.
bullet3.gif Snorkel.
bullet3.gif Fotografi dasar laut.
bullet3.gif Berenang.
bullet3.gif Belayar atau berkayak.
bullet3.gif Mendaki bukit/merentas hutan.
   
Aktiviti Dilarang
bullet3.gif Menangkap atau membunuh ikan.
bullet3.gif Menggunakan serampang ikan.
bullet3.gif Mengutip karang, cengkerang dan organisma laut (sama ada hidup atau yang telah mati).
bullet3.gif Mengutip pasir dan batu-batu.
bullet3.gif Memijak atau mematahkan karang.
bullet3.gif Melabuh sauh di atas terumbu karang.
bullet3.gif Mencemar dan buang sampah.
bullet3.gif Memberi makan ikan.
bullet3.gif Membina sebarang struktur di atas air.

 

Bancian Taman Laut
Berita Taman Laut

Pelancaran Menara Kawalan di Pulau Payar

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) telah melancarkan menara kawalan penyelamat pantai di Pulau Taman Laut Pulau Payar, Kedah pada 26 Julai 2010. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Y. Bhg. Ketua Pengarah JTLM, Tuan Haji Abd. Jamal Bin Mydin.
Baca

Lokasi Menyelam Popular Ditutup Sementara

Sembilan lokasi menyelam popular di seluruh negara membabitkan enam pulau yang diwartakan sebagai Taman Laut, ditutup sementara berkuat kuasa 2 Julai hingga 31 Oktober ini berikutan mengalami kelunturan karang serius.
Baca

Seminar Kesedaran Pemahaman dan Pelaksanaan ISO

Seminar Kesedaran Pemahaman Dan Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 anjuran BKP telah diadakan di Hotel Marriot Putrajaya pada 6 Julai 2010.
Baca

Program Kesedaran

Program Rainforest to Reef (R2R) telah dibangunkan oleh Reef Check Malaysia (RCM) pada 2008 selepas perbincangan dengan JTLM untuk memperkenal program pendidikan dan kesedaran yang berkekalan untuk pelajar sekolah di pulau-pulau Taman Laut.
Baca

Jabatan Taman Laut Malaysia ke Arah Pembudayaan 5S

Pada 14 April 2010 Jabatan Taman Laut Malaysia secara rasminya telah menubuhkan Jawatankuasa Pemandu 5’S bagi mendapatkan persijilan 5’S daripada MPC.
Baca
  Lihat Semua Berita
IsnSelRabKhaJumSabAha

Pengumuman

Program Interaksi Bersama Komuniti Nelayan.
Dimaklumkan JTLM akan mengadakan Program Interaksi Bersama Komuniti Nelayan Endau, Johor dan Rompin, Pahang pada tarikh dan ...
Baca

Hari Bertemu Pelanggan dan Majlis Perasmian Pusat Informasi PTL Tioman
Dimaklumkan JTLM akan mengadakan Hari Bertemu Pelanggan dan Majlis Perasmian Pusat Informasi Pusat Taman Laut Pulau Tioman p...
Baca

Baca

9 Lokasi Menyelam Popular Ditutup
LANGKAWI: Sembilan lokasi menyelam popular di seluruh negara membabitkan enam pulau yang diw...
Baca

Tender & Sebutharga

Projek Khas
JTLM  

Pautan Khas

s

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

Malaysia terkenal di dunia dengan kepelbagaian karangnya. Dianggarkan negara kita mempunyai lebih dari 650 spesies dari 800 spesies karang jenis keras yang wujud di dunia. Walaubagaimanapun,kini hanya 350 spesies telah direkodkan.

Statistik Pelawat
Semasa : 5   |   Hari Ini : 430   |   Minggu Ini : 1946   |   Bulan Ini : 4040   |   Tahun Ini : 90503 |   Tahun Lepas : 0  |   Keseluruhan : 90503