script not supported

Perutusan


Profail Pengurusan Tertinggi



Dasar Jabatan



Piagam


Bahagian




Muat Turun Dokumen


Perkhidmatan Online



Umum


Pulau Taman Laut


Pengusaha Pelancongan


Statistik


Slide Pembentangan Biodiversiti Marin


Penerbitan & Publisiti


Info Perundangan


Galeri Aktiviti


Info Pendidikan


Laporan


Nota / Rujukan / Aduan Sistem










Isnin, 21 Ogos 2017
content layout space
Bahasa Malaysia | English
content layout space1
Smaller Text
Normal Text
Bigger Text
content layout space2
circle grey
circle blue
circle green
circle red
OKU
content layout space
 

Soalan Lazim

  • 1.
    Apakah Taman laut?
    Taman Laut adalah kawasan perairan laut sejauh 2 batu nautika dan 1 batu nautika (Pulau Kapas, Terengganu; dan di Sabah - Pulau Kuraman, Pulau Rusukan Kecil dan Pulau Rusukan Besar) dari tikas air surut terendah yang dizonkan sebagai kawasan terhad/perlindung sumber lautan termasuk komuniti terumbu karang yang kaya dengan flora dan fauna.

     

  • 2.
    Apa Itu Caj Pemuliharaan (CP)?
    Ia merupakan satu bentuk caj yang dikenakan ke atas semua pelawat yang mengunjungi Taman Laut Malaysia (TLM).

     

  • 3.
    Mengapa Pelawat Dikenakan Caj Ini?

    Usaha untuk memulihara alam sekitar marin perlu kerjasama semua pihak. Sebagai pengguna, semua perbelanjaan yang diperlukan harus ditanggung bersama. Anda boleh membantu dalam usaha ini melalui CP yang dikenakan.

     

  • 4.
    Adakah Semua Orang Perlu Membayarnya?
    Ya, semua pelawat ke TLM perlu membayar CP ini. Pengecualian hanya kepada penduduk pulau, pengusaha chalet, pengusaha kedai selam dan kakitangan mereka serta mereka yang telah diberi pengecualian khas oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

     

  • 5.
    Bagaimana Caj Yang Dikutip Akan Dibelanjakan?
    Segala kutipan CP akan dikreditkan dalam Tabung Amanah Taman Laut Rizab Laut. Segala pembiayaan kos pengurusan termasuk program pendidikan dan kesedaran, dan pembangunan TLM akan dibuat melalui Tabung ini.

     

  • 6.
    Apa Yang Boleh Saya Perolehi Daripada Pembayaran CP Ini?
    Segala kemudahan boleh dan akan dipertingkatkan untuk keselesaan pelawat melalui pembiayaan dari tabung ini. Yang lebih penting, anda dapat berperanan untuk membantu ke arah pemuliharaan khazanah laut kita.

     

  • 7.
    Bagaimana Saya Boleh Menyumbang Kepada Tabung Ini?
    Anda boleh menyumbang dengan mendapatkan tiket CP setiap kali anda melawat ke Taman Laut Malaysia.

     

     

  • 8.
    Berapakah Nilai CP Yang Dikenakan?
    RM 5.00 untuk dewasa, pesara, wargatua (55 tahun dan ke atas), penuntut dan murid sekolah dikenakan caj sebanyak RM 2.50. Kanak-kanak di bawah umur 6 tahun adalah PERCUMA.

     

  • 9.
    Apakah Bukti Yang Semua Duit Telah Dikutip?
    Setiap pembelian akan dikeluarkan sekeping tiket yang mempunyai nombor siri yang tersendiri. Tiket juga mempunyai ciri-ciri keselamatan bagi mengelakkan penipuan.

     

  • 10.
    Berapa Lama Saya Boleh Tinggal Di Dalam Kawasan TLM?
    Setiap tiket adalah sah bagi tempoh tiga (3) hari, dari tarikh ianya digoreskan, di semua Taman Laut Malaysia kecuali Taman Laut Pulau Payar. Tempoh sah tiket di Taman Laut Pulau Payar adalah satu hari sahaja dari tarikh tiket digoreskan.

     

  • 11.
    Bolehkah Saya Menggunakan Tiket Ini Bagi Semua Taman Laut Malaysia?
    Ya, tiket boleh digunakan di semua Taman Laut Malaysia kecuali Taman Laut Pulau Payar. Tiket tuntuk melawat Taman Laut Pulau Payar perlu diperolehi secara berasingan.

     

  • 12.
    Bolehkah Saya Menangkap Ikan Jika CP Telah Dibayar?
    Menangkap ikan adalah DILARANG sama sekali di dalam kawasan Taman Laut dan menjadi satu kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985. Caj ini adalah untuk tujuan melawat dan menikmati keindahan Taman Laut Malaysia. Menangkap ikan hanya boleh dilakukan diluar kawasan Taman Laut malaysia.

     

  • 13.
    Di mana Boleh Saya Dapatkan Tiket Ini?
    Tiket-tiket boleh dibeli dari semua Unit Taman Laut Negeri, Pusat-pusat Taman Laut, kaunter di jeti bot awam dan daripada renjer-renjer yang sedang membuat rondaan pemeriksaan

     

 
 
Pengumuman
space
Galeri Kejayaan NRE
Pemberitahuan: Akta Perikanan 1985 - Perintah Penubuhan Taman Laut Malaysia (Pindaan) 2012
Pada 15 Ogos 2012 Jabatan Perikanan Malaysia telah membuat pindaan kepada nama pulau-pulau Taman Laut men...
Web Mobile JTLM
Dimaklumkan Laman Web JTLM kini boleh dilayari menerusi telefon...
space
space
PULAU TAMAN LAUT
ptl_johor
space
KALENDAR ACARA
space
CAPAIAN SISTEM
Symbiosis
MPMIS
Webmail
Intranet
space
space
BANCIAN
1Akses

space
Statistik Pelawat
Semasa: 80 | Hari Ini: 262 | Minggu Ini: 5077
Bulan Ini: 98503 | Tahun Ini: 1336305
Tahun Lepas: 2525812 | Keseluruhan: 15519117
Kemaskini Terakhir: 05/08/2017
Dapatkan maklumat terkini di sini
facebook twitteryoutube QRcode mobile

 

Paparan menarik, sila gunakan Internet Explorer 7.0 dah keatas atau Mozilla Firefox 3.0 dan keatas dengan saiz resolusi skrin 1024x768 piksel.
Hakcipta Terpelihara © 2012, Jabatan Taman Laut Malaysia.