IsnSelRabKhaJumSabAha

Pautan Khas

 

 

 

Logo JTLM dan Jata Negara Malaysia
Print

 
 

Logo JTLM

Bulatan Biru Gelap :
Melambangkan perpaduan di antara anggota Jabatan Taman Laut Malaysia dalam usaha menjaga kesejahteraan maritim negara ini.

Bulatan Biru Muda :
Laut yang lebih bersih dan terpelihara, menjadikannya sebagai satu sasaran jabatan ini. Berada dalam ‘Bulatan Biru Gelap’, mencerminkan ianya adalah di dalam jagaan Jabatan Taman Laut Malaysia.

Ombak Putih :
Satu mewakili pergerakan jabatan ini dan satu lagi mewakili kemajuan negara yang akan sentiasa bergerak seiring dalam menjanjikan masa depan yang lebih gemilang. Warna putih melambangkan kesucian dan ketelusan jabatan dan negara ini dalam memelihara kepentingan sumber marinnya.
 

emblem.jpg

Jata Negara Malaysia



Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan Kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu tanda Negeri-negeri Melayu yang Tiada Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).

Bahagian sebelah kiri perisai itu menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka itu Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang, merah dan kuning warna Selangor, hitam, putih dan kuning warna negeri Perak, merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan.

Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal. Tiga Bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya iaitu Bunga Kebangsaan. Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia.

Cogan - Bersekutu Bertambah Mutu - ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan. Warna kuning  pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Memandangkan Malaysia adalah sebuah negara yang berdaulat, bendera hanya dikibarkan pada tempoh dan waktu yang tertentu sahaja untuk memupuk semangat kenegaraan supaya rakyat Malaysia berasa megah dan menghormati bendera mereka.

 

 

Dikemaskini pada 28/04/2010
 8266 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

Orcas (dulu dikenali sebagai ikan paus pembunuh), iaitu Orca Orcinus adalah sebenarnya ikan lumba-lumba. Mereka ialah keluarga ikan lumba-lumba terbesar.

Statistik Pelawat
Semasa : 19   |   Hari Ini : 382   |   Minggu Ini : 5796   |   Bulan Ini : 9361   |   Tahun Ini : 39087 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 552344
Kemaskini Terakhir : 09/02/2012