Isu Taman
Laut
IsnSelRabKhaJumSabAha

Pautan Khas

 

 

 

Kelunturan Karang
Print

 

Apakah kelunturan karang?

Kelunturan karang adalah satu bentuk tekanan dalam terumbu karang yang melibatkan kegagalan hubungan simbiotik di antara karang dan alga unisel ('zooxanthellae').

Gejala-gejala kelunturan termasuklah kehilangan warna secara beransur-ansur apabila 'zooxanthellae' keluar dari tisu karang, sehingga menyebabkan tulang karang berwarna putih.

Tekanan kelunturan juga boleh dilihat pada hidupan lain di terumbu karang yang mempunyai hubungan simbiotik dengan 'zooxanthellae' seperti karang lembut, kima gergasi, sesetengah span, dan sebagainya.

Kawasan karang yang luas boleh terjejas semasa peristiwa kelunturan secara besar-besaran: 

  cb1.jpg      cb2.jpg   cb3.jpg


Warna karang yang sihat (kiri) adalah disebabkan oleh alga mikroskopik yang dikenali sebagai 'zooxanthellae' (tengah) yang hidup dalam lingkungan tisunya. Apabila kelunturan berlaku, karang kehilangan 'zooxanthellae', menyebabkan rangkanya yang berwarna putih dapat dilihat dengan jelas (kanan).

 


Mengapa karang terluntur?

 cb4.jpg   

Kawasan karang yang luas boleh terjejas semasa kelunturan secara besar-besaran

Faktor tekanan yang paling biasa dikaitkan dengan kelunturan adalah peningkatan suhu laut, tetapi tekanan lain seperti keamatan cahaya yang tinggi, tahap kemasinan rendah dan bahan pencemar juga boleh memburukkan lagi kelunturan karang. Jika tekanan terlalu banyak atau untuk terlalu lama, karang boleh mati.

 

 

Dikemaskini pada 25/03/2010
 3246 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

Sesetengah binatang seperti lintah laut ('opistobranchs') adalah 'hermaphrodites' mempunyai dua jantina di dalamnya namun masih melakukan persenyawaan dengan pasangan dan bertelur?

Statistik Pelawat
Semasa : 23   |   Hari Ini : 374   |   Minggu Ini : 374   |   Bulan Ini : 3939   |   Tahun Ini : 33665 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 546922
Kemaskini Terakhir : 31/01/2012