Isu Taman
Laut
IsnSelRabKhaJumSabAha

Pautan Khas

 

 

 

Bahan buangan di lautan
Print

Bagaimana anda boleh membantu?

 

Berikut adalah beberapa cara untuk anda membantu mengurangkan jumlah sampah yang dibuang ke dalam laut:

  • Membuang semua sampah dan bahan buangan mengikut cara yang betul.
  • Ingat bahawa parit air ribut dialirkan terus ke laluan air kita – pastikan ia bersih dan jangan gunakannya sebagai tempat pembuangan sampah.
  • Jika anda pergi memancing pastikan anda membawa pulang sampah anda.
  • Jangan membasuh kereta anda di jalan raya kerana bahan pencuci dan minyak akan mengalir masuk ke parit air ribut dan seterusnya ke dalam laut.
  • Kurangkan jumlah beg-beg plastik dan pembungkus apabila membeli barangan dan pastikan anda menggunakan semula beg-beg plastik anda.
  • Sampaikan mesej kepada orang-orang lain mengenai bahaya sampah kepada hidupan marin dan galakkan mereka untuk membuang sampah dengan cara yang betul.
  • Kitar semula barangan rumah anda. Rujuk kepada Kerajaan Tempatan untuk mengetahui apa yang boleh dikitar semula di kawasan anda.
  • Libatkan diri dalam "PROGRAM PEMBERSIHAN PANTAI DAN PROGRAM KESEDARAN" serta acara-acara komuniti lain.
  • Laporkan kepada Pejabat Taman Laut sekiranya terjumpa hidupan marin seperti burung, dugong, penyu, ikan paus atau ikan lumba-lumba yang sakit, tercedera, terdampar atau mati.

 

 

 

 

 

 

 

Dikemaskini pada 24/03/2010
 3756 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

Pengenalan spesis asing sering bertanggungjawab untuk satu peningkatan dalam pemangsaan dan persaingan, pengurangan habitat, pelbagai jenis penyakit, kemusnahan tumbuhan asli atau haiwan dan perubahan genetik dalam populasi. Spesis asing sering diangkut ke habitat baru melalui balast kapal perdagangan.

Statistik Pelawat
Semasa : 21   |   Hari Ini : 386   |   Minggu Ini : 386   |   Bulan Ini : 3951   |   Tahun Ini : 33677 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 546934
Kemaskini Terakhir : 31/01/2012