Perubahan suhu dunia berpunca dari pemanasan global yang berterusan. Suhu bumi telah meningkat dua darjah dan kadarnya berbeza mengikut benua dan kawasan tertentu.
Kajian mendapati kawasan Artik lebih pantas menjadi panas berbanding kawasan lain. Ini boleh menyebabkan suhu air laut juga meningkat dari masa ke semasa. Dalam pada itu, terumbu karang juga akan mengalami kelunturan disebabkan suhu air laut meningkat dari suhu asal iaitu 28°C - 29°C.
Kenaikan suhu air antara 1.5°C hingga 2°C dalam masa 6 hingga 8 minggu akan menyebabkan berlakunya kelunturan karang. Selain itu, jika keadaan ini berterusan selama 8 minggu dari tarikh kelunturan, maka karang akan mengalami kematian.