Kaedah - Kaedah Pemantauan yang dilaksanakan oleh Jabatan
Kaedah pertama yang dijalankan ialah menggunakan kaedah Rapid Assessment (rujuk di Lampiran) bagi kesemua kawasan tersebut yang bertujuan untuk mengetahui peratus litupan karang yang mengalami kelunturan dengan menggunakan satu borang yang dikhaskan untuk pemantauan kelunturan karang.
Kaedah yang kedua ialah menjalankan keedah pemantauan dengan lebih teliti di kawasan yang telah dikenal pasti mengalami kelunturan iaitu menggunakan kaedah Modified Reef Check (rujuk di Lampiran) yang telah diubahsuai untuk pemantauan kelunturan karang sahaja. Pemantauan dijalankan sambil melengkapkan data sheet yang telah diubahsuai dari bahagian substrate (Reef Check Survey). Kaedah ini bertujuan untuk mengenal pasti dengan lebih jelas peratus keseluruhan karang, karang yang mengalami kelunturan, karang yang telah mati dan sebagainya di sepanjang transek yang digunakan di kawasan berkenaan.
Kaedah yang ketiga ialah menggunakan Photo-quadrate (rujuk di Lampiran) di mana kaedah ini untuk mendapatkan data asas supaya pemantauan yang berterusan pada masa akan datang dapat dijalankan bagi mendapatkan status karang yang mengalami kelunturan tersebut sama ada terdapat proses recovery atau tidak. Peratus kawasan litupan karang keseluruhan, karang yang telah luntur atau mati dikira dalam kuadrat yang bersaiz 0.5mx0.5m.