Kelunturan karang (coral bleaching) adalah perubahan warna pada jaringan karang dari warna yang kecoklat-coklatan atau kehijau-hijauan menjadi warna putih pucat. Kematian alga simbiotik iaitu zooxanthellae yang terdapat pada karang yang berfungsi memberi pigmen warna dan nutrient pada karang akan mengakibatkan karang mengalami kelunturan.
Peningkatan suhu air, perubahan kualiti air seperti saliniti dan tahap sedimentasi, cahaya dan sinar ultraungu berlebihan dari matahari serta serangan daripada pemangsa seperti Crown of Thorns dan Drupella Snail boleh menyebabkan alga ini mati dan seterusnya memberi kesan kepada karang.