Conserving Marine Biodiversity through Enhanced Marine Park Management and Inclusive Sustainable Island Development
Bengkel Polisi Taman Laut
Bengkel Perbincangan Polisi Taman Laut telah berjaya dianjurkan pada 2 Februari 2010 di PICC. Bengkel ini diadakan untuk membincangkan serta memperbaiki draf Polisi Taman Laut yang telah disediakan dan dibincangkan bersama Pihak Pengurusan JTLM pada Disember 2009. Bengkel ini melibatkan pelbagai Agensi Persekutuan dan Negeri serta NGO.
Ucapan aluan oleh Pengarah Projek UPUM
Ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah JTLM
Pembentangan mengenai polisi oleh perunding
Peserta mendengar pembentangan oleh perunding
Peserta melibatkan diri dalam perbincangan kumpulan
Pengarah JTL Pahang membentangkan hasil perbincangan kumpulan
Bengkel Sosialisasi
Bengkel Sosialisasi telah diadakan di Pulau Tioman pada 7 – 11 Februari 2010. Objektifnya adalah untuk memupuk kefahaman yang lebih baik di antara penduduk setempat, operator pelancongan dan JTLM di samping mendapatkan maklumbalas daripada mereka tentang Projek Taman Laut-UNDP. Lawatan dan perbincangan telah diadakan dengan penduduk Kampung Tekek, Paya, Genting, Mukut, Salang dan Juara. Mesyuarat turut diadakan bersama operator selam dengan tujuan untuk membincangkan penubuhan Persatuan Operator Selam Pulau Tioman.
Perbincangan dengan penduduk Kampung Tekek & Air Batang
Peserta mendaftar untuk bengkel sosialisasi
Sebahagian peserta bengkel
Perbincangan bersama penduduk Kampung Juara
Perjumpaan bersama penduduk dan operator di Kampung Paya
Ucapan aluan oleh Ketua Kampung Mukut
Sesi soal jawab bersama penduduk Kampung Mukut
Ucapan aluan oleh Ketua Kampung Paya-Genting
Bengkel Kajian Keperluan Pengguna (URS) untuk Sistem Pangkalan Data Pengurusan Taman Laut
Bengkel URS workshops telah diadakan di Pejabat Taman Laut Negeri pada:
15 Mac 2010 di Pejabat Taman Laut Terengganu
18 Mac 2010 di Pejabat Taman Laut Pahang
19 Mac 2010 di Pejabat Taman Laut Johor
Bengkel ini dianjurkan untuk membentangkan hasil kajian darpada Bengkel URS yang pertama pada bulan September 2009 selain mengumpulkan maklumbalas dan cadangan daripada pengguna di peringkat Pejabat Negeri mengenai sistem pangkalan data yang sedang dibangunkan oleh perunding. Hasil kajian daripada ketiga-tiga bengkel ini telah dianalisa dan dibentangkan kepada Pihak Pengurusan JTLM semasa Bengkel URS kedua pada 8 April 2010 di Ibu Pejabat JTLM.
Bengkel URS di Pejabat Taman Laut Terengganu
Bengkel URS di Pejabat Taman Laut Johor
Bengkel URS kedua di JTLM
Perunding membentangkan penemuan daripada URS di pejabat negeri
Latihan dan Perbincangan Badan Perunding
Latihan dan perbincangan Badan Perunding telah diadakan pada:
15 Mac 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi, Johor
29 Mac 2010 di Kg Pulau Redang, Terengganu
18 April 2010 di Kg Mukut, Pulau Tioman, Pahang
Latihan dan perbincangan diadakan untuk memberikan pendedahan kepada penduduk tempatan mengenai cara untuk melibatkan diri di dalam Pengurusan Taman Laut. Jemputan turut diedarkan kepada penduduk tempatan dari pulau-pulau di sekitar tapak projek (e.g: Pulau Besar & Pemanggil, Johor).
Latihan & perbincangan Badan Perunding di Pulau Tinggi, Johor
Penduduk Pulau Redang mendaftar untuk latihan & perbincangan Badan Perunding
Penduduk Pulau Redang menjawab soal selidik sebelum latihan
Latihan & perbincangan Badan Perunding di Kampung Mukut, Pulau Tioman dihadiri oleh Ketua-ketua Kampung
Latihan Pembangunan Keusahawanan untuk Penduduk Tempatan
Latihan Pembangunan Keusahawanan telah diadakan pada:
15 – 16 Mac 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi, Johor
29 – 30 Mac 2010 di Kampung Pulau Redang, Terengganu
18 – 19 April 2010 di Kampung Mukut, Pulau Tioman, Pahang
Objektif latihan ini adalah untuk memberikan pendedahan kepada penduduk kampung tentang peluang-peluang untuk memperbaiki status sosio-ekonomi mereka. Latihan ini telah menerima sambutan yang sangat baik daripada penduduk kampung terutamanya daripada kaum wanita di Pulau Redang.
Peserta dari Pulau Tinggi diberikan penerangan tentang strategi pembangunan perniagaan
Aktiviti semasa Latihan
Latihan menerima sambutan yang baik daripada penduduk Pulau Redang terutamanya daripada kaum wanita
Peserta terlibat di dalam perbincangan semasa latihan
Penduduk Pulau Tioman yang terlibat di dalam Latihan Pembangunan Keusahawanan
Pn Adibah dari Kampung Mukut, semasa sesi perbincangan
Latihan Amalan Terbaik untuk Operator Pelancongan
Latihan Amalan Terbaik untuk Operator Pelancongan telah diadakan pada:
17 Mac 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi, Johor
12 April 2010 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu
20 April 2010 di Kampung Mukut, Pulau Tioman, Pahang
Latihan ini mensasarkan operator pelancongan di tapak projek dengan tujuan untuk memberikan latihan bagi memperkukuhkan pengetahuan tentang operasi mesra alam serta cara untuk melaksanakan amalan pengurusan terbaik untuk pelancongan lestari.
Perunding memberikan penerangan mengenai Amalan Terbaik di dalam Pengurusan Alam Sekitar kepada operator di Pulau Tinggi
Operator Resort dari Pulau Redang mendaftar untuk latihan
Latihan Amalan Terbaik untuk operator resort Pulau Redang
Latihan Amalan Terbaik untuk operator resort Pulau Tioman
Kursus Penguatkuasaan untuk kakitangan JTLM
Kursus Penguatkuasaan untuk kakitangan JTLM telah diadakan pada:
26 – 31 Mac 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu - Disertai oleh 24 kakitangan daripada semua negeri
26 – 30 April 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi, Johor - Disertai oleh 26 kakitangan daripada semua negeri, kecuali Labuan
Latihan ini bertujuan untuk memperkukuhkan sistem penguatkuasaan JTLM. Operasi pemantauan dan penguatkuasaan turut diadakan semasa kursus.
Aktiviti harian dimulakan dengan sesi pemanasan badan
Kakitangan terlibat dalam Latihan Komunikasi Radio
Post-mortem selepas Latihan Komunikasi Radio
Kakitangan bergerak dari Pusat Taman Laut Pulau Redang untuk menjalani latihan pemantauan
Kakitangan membuat operasi penguatkuasaan
Kursus Orientasi Pemantau Terumbu Karang (Reef Watchers)
Kursus orientasi Reef Watchers untuk penduduk Pulau Tioman telah diadakan pada 9-13 November 2009. Pada 2010, kursus ini telah dianjurkan pada:
31 Mac – 3 April 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu
1 – 4 Mei 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi, Johor
Kursus ini bertujuan untuk melatih penduduk tempatan dan pasukan penguatkuasaan JTLM untuk berganding bahu dalam memelihara Taman Laut. Penduduk tempatan diberikan latihan untuk memberikan maklumat tentang aktiviti yang dilarang di kawasan Taman Laut kepada pihak berkuasa. 8 penduduk tempatan dari Pulau Tinggi, 12 dari Pulau Perhentian dan 8 dari Pulau Redang telah dilatih melalui kursus selama 4 hari ini.
Kursus bermula seawal 7.00 pagi
Latihan Komunikasi Radio
Peserta diberikan penerangan sebelum aktiviti pemantauan
Sebahagian peserta semasa aktiviti pemantauan
Seminar “Growth, Equity and Environment: Missing Link between Academic Research and Policy Matters in Marine Park Areas”
Seminar ini dianjurkan bersama Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Malaya pada 15 April 2010 di Taman Botani Rimba Ilmu, Universiti Malaya.
Objektifnya adalah untuk membincangkan masalah, cabaran dan isu ekonomi di dalam menguruskan kawasan perlindungan marin dan pada masa yang sama memperkukuhkan strategi untuk mengurangkan ancaman terhadap persekitaran marin di bawah bidang kuasa JTLM. 9 kertas penyelidikan telah dibentangkan hasil kajian daripada pelbagai universiti.
Prof Madya Dr Madeline Berma dari UKM membentangkan kertas penyelidikan
Sebahagian peserta semasa seminar
Pembentang menunggu giliran untuk membentangkan kertas penyelidikan
Sesi Panel
Bengkel Pembangunan Pelan Pengurusan Taman Laut
Bengkel ini dianjurkan pada 20 – 23 April 2010 di Berjaya Tioman Beach, Golf and Spa Resort.
42 peserta daripada pelbagai agensi telah menghadiri bengkel ini yang bertujuan untuk membincang serta mengumpul input berguna bagi membangunkan Pelan Pengurusan Taman Laut. Peserta turut mengikuti lawatan dan berjumpa dengan Ketua Kampung dan wakil penduduk Kampung Salang, Juara, Mukut dan Genting.
Ucapan perasmian oleh Ketua Pengarah JTLM
Perbincangan kumpulan
En. Hasnizam dari Taman Negara Johor membentangkan hasil perbincangan
Peserta Bengkel Pembangunan Pelan Pengurusan Taman Laut