|
|
Latar Belakang |
|
|
| |
 |
| Conserving Marine Biodiversity through Enhanced Marine Park Management and Inclusive Sustainable Island Development |
|
Ringkasan Projek
| Tajuk Projek |
: |
Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management and Inclusive Sustainable Island Development |
| Nombor Projek |
: |
PIMS 1040 |
| Agensi Bertanggungjawab |
: |
Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar |
| Agensi Pelaksana |
: |
Jabatan Taman Laut Malaysia |
| Tempoh |
: |
5 Tahun |
| Tarikh Mula |
: |
1 Mac 2007 |
| Tarikh Jangka Selesai |
: |
Februari 2012 |
| Tapak Projek |
: |
Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulai Sibu dan Pulau Tinggi |
| Kos Projek |
: |
Total USD 4,130,294 |
| UNDP/ GEF |
: |
USD 2,127,150 |
| Kerajaan Malaysia |
: |
USD 2,003,144 |
| Projek Taman Laut ini dilaksanakan bersama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Development Programme – UNDP), dan didana oleh Kerajaan Malaysia dengan kerjasama penuh daripada Global Environment Facility (GEF). Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) adalah agensi yang bertanggungjawab melaksanakan projek ini untuk tempoh 5 tahun. |
| |
| MATLAMAT PROJEK: Untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan sumber biodiversiti marin dan pembangunan pulau Malaysia secara lestari. |
| |
| OBJEKTIF PROJEK: Untuk mencapai peningkatan di dalam pengurusan Taman Laut dan pembangunan pulau secara lestari. |
| |
| 10 Tema Hasil telah dikenalpasti melalui 7 Keputusan yang boleh dirumuskan sebagai:- |
| |
 |
| Rajah 1 – Rangka Kerja Projek |
| |
| Projek ini akan mengukuhkan lagi sistem kawasan-kawasan perlindungan marin di Malaysia serta menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti global yang signifikan. Sasaran projek adalah pengurusan kawasan perairan seluas 164,534.2 hektar akan dipertingkatkan untuk tujuan pemuliharaan biodiversiti marin. |
| |
| Projek akan dibangunkan melalui inisiatif yang didorong secara signifikan di peringkat kebangsaan untuk memulihara biodiversiti marin di perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Aktiviti-aktiviti projek akan dijalankan di tiga lokasi Taman Laut yang telah dipilih sebagai tapak projek utama iaitu Pulau Tioman di Pahang, Pulau Redang di Terengganu dan Pulau Sibu-Tinggi di Johor. |
| |
 |
| Rajah 2 – Lokasi Tapak Projek |
| |
| Projek ini dirangka untuk meluaskan lagi proses perancangan pembangunan sedia ada, memantapkan lagi kecekapan pengurusan Taman Laut, dan mewujudkan sokongan yang berpengaruh untuk pemuliharaan biodiversiti marin di Malaysia. Penglibatan pihak berkepentingan adalah penting untuk memastikan kejayaan projek, dan telah diterapkan ke dalam objektif projek. |
| |
| Projek ini juga mempunyai aktiviti-aktiviti di peringkat kebangsaan dan sistemik, bagi memastikan kemungkinan bagi mereplikasi inisiatif baru yang akan diaplikasikan di tiga tapak projek utama supaya dapat dicontohi oleh kawasan Taman Laut yang lain di Malaysia. Dengan itu, adalah diharapkan selepas tamatnya projek ini, kesemua kawasan perlindungan marin di Semenanjung Malaysia dan Labuan akan berada di bawah tahap pengurusan yang lebih baik, dalam usaha untuk menangani ancaman terhadap biodiversiti marin. |
|
|
|
|
Dikemaskini pada 26/05/2010
 5730 Kali
|
|
|