IsnSelRabKhaJumSabAha
Projek Khas
JTLM  

Pautan Khas

s

Tahun 2007 - 2008
Print

Keratan - Keratan Akhbar di Tahun 2007 - 2008

 


5 Disember 2007, Berita Harian.
Nelayan Tangkap Yu 3,000 Kilogram

Seekor ikan yu gergasi di pangkalan Hutan Melintang, Perak berjaya ditangkap kira-kira lapan batu nautika dari Bagan Sungai Tiang, Bagan Datoh. Spesies kemejan (Rhincodon typus) seberat lebih 3,000 kilogram dan panjang itu lebih tujuh meter itu terperangkap dalam pukat bersama hasil tangkapan lain.



30 Julai 2007, Akhbar tiada rekod
Pencemaran Musnah Batu Karang - Tunku Mahkota Kecewa Tahap Pembangunan Di Mersing.
Tunku Mahkota, Johor, Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar kecewa tahap pembangunan di kawasan penduduk dan masalah pencemaran  menyebabkan kemusnahan batu karang di pulau sekitar daerah itu. Tunku Ibrahim yang turut menyelam untuk meninjau sendiri  perairan Pulau Mersing turut menyatakan rasa sedih masalah  sampah dan pencemaran menyebabkan banyak batu karang rosak dan mati.



30 Jun 2007, Utusan Malaysia
Pulau Redang Indah Di Atas, Semak Didasar.

Pulau Redang dilihat amat bersih  disebabkan pembuangan sisa sampah di darat  berjaya dikendalikan dengan baik  oleh semua resort tanpa menyebabkan  sebarang pencemaran alam, bau ataupun mata. Semua sampah  yang dibuang dikutip oleh kontraktor sampah yang dibuang  dikutip setiap dua hari sekali. Bot besar itu diiringi  oleh bot kecil yang menjadi  macam lori  sampah mengutip setiap sampah  yang dah dibungkus  oleh pengusaha resort dalam beg plastik. Walaubagaimanapun, dalam dua daripada tiga kawasan selaman ternama di pulau itu, ada sahaja pelbagai jenis sampah termasuk tayar lama, kotak rokok, botol, tin minuman dan plastik bungkusan makanan segera. Selain sampah domestik, pelbagai alat snorkelling termasuk topeng  muka dan snorkel  bersepah-sepah diatas terumbu karang.



2 Jun 2007, Utusan Malaysia
Taman Laut Perlu Kaedah Baru Letak  Pemberat Boya.

Bidai mencadangkan Taman Laut Pulau Redang  mengambil contoh Sistem Tambatan HALAS yang dirasakan  lebih mudah, ringkas, dan selamat kepada terumbu karang. Ia juga boleh digunakan untuk semua jenis bot dan menggunakan sistem gerudi  ke dalam dasar laut  dan tidak melibatkan sebarang batu pemberat. Kos untuk memasang tambatan HALAS ini sekitar RM 600 hingga RM 8,000 satu bergantung kepada kos barang-barang tempatan.



14 Jun 2007, Berita Harian
Sainstis Marin Tempatan Perlu Jadi Rujukan Antarabangsa.
Pengetahuan dan pemahaman saintifik rakyat terhadap ekosistem  indah amat terhad serta mengaibkan apabila saintis tempatan terpaksa bersandar kepada pakar luar untuk mengetahui mengenai kehidupan marin negara sendiri. Saintis marin Malaysia  patut merebut  peluang yang ada  untuk menjadi pakar di rantau ini dan akhirnya menjadi pakar dunia apabila  membabitkan pengetahuan pelbagai disiplin berkaitan sains tropika. TNC UKM mencadangkan saintis marin hari ini menumpukan perhatian  lebih serius terhadap penyelidikan  di Kepulauan Melayu  yang memiliki kandungan marin, ekosistem dan kepelbagaian  bio paling kaya berbanding negara kepulauan lain.



14 Jun 2007, Berita Harian
Had Jumlah Penyelam Pulihara Terumbu Karang.
Malaysia sedang mengkaji untuk memperkenalkan konsep kemampuan pembawaan (carrying capacity) dan kemampuan penjagaan (caring capacity) bagi memastikan alam sekitar tidak  musnah jauh lebih teruk dari sekarang. Ketika ini, satu-satunya pulau yang dikenakan kouta jumlah pelawat ialah Pulau Sipadan di Sabah iaitu antara 80 hingga 100 orang saja boleh ke pulau  yang di senaraikan sebagai antara destinasi selam skuba terbaik dunia. Pulau lain tidak pernah dikenakan dasar seperti ini, sekaligus menyaksikan jumlah pelawat terutama ke Pulau di bawah pentadbiran Jabatan Taman Laut Malaysia, mencatat angka begitu tinggi dengan proses pembangunan berterusan.  Mengakui ancaman yang semakin serius terhadap  hidupan marin, habitatnya dan kahzanah alam semulajadi yang indah, Jabatan Taman Laut Malaysia  mula mengadakan  perbincangan mengenai  kewajaran memperkenalkan konsep kemampuan pembawaan.



14 Jun 2007, Berita Harian
Mengurus Khazanah  Laut Secara Mapan – Pemabangunan Terlalu Pesat Di Kawasan Perairan, Pulau Ancam Sumber Samudera.
Habitat terumbu karang dunia yang didiami lebih 4,000 spesies ikan dan 800 spesis terumbu karang, menyumbang pendapatan dunia lebih RM 1.34 trillion, menerusi sumber  makanan dan perkhidmatan perlancongan. Proses pembangunan terlalu  pesat untuk keuntungan industri pelancongan membuatkan ramai tercari-cari kedamaian yang semakin pupus. Kebanyakan pulau kini  sesak dengan pusat peranginan yang indah, serta kunjungan manusia, menyebabkan terumbu karang musnah setiap hari  akibat diterjah manusia, hidupan laut turut berasakan perubahan ekosistem akibat kemurahan hati manusia  yang tidak segan silu  mengusik, mengganggu malah ada yang memberi makanan.



31 Mei 2007, Harian Metro
Ikrar Cinta Di Pulau Rawa-Vila Terapung, Chalet Celah Pokok.
Pulau Rawa terletak kira-kira 16 km dari jeti Mersing, ia amat sinonim dengan Rawa Safaris Island Resort, pusat peranginan bertaraf antarabangsa yang semakin popular di rantau ini. Pulau ini bersama 12 lagi adik beradiknya berada dalam kawasan Taman Laut yang boleh dibahagikan  kepada dua zon utama. Gugusan pulau persisir  pantai meliputi Hujung, tengah, Besar, Tinggi, Mentinggi dan Sibu amat popular untuk aktiviti snorkelling. Pembangunannya dilaksanakan tanpa mengorbankan keindahan semulajadi pulau. Sebahagian besar daripada 70 unit penginapan dibina di atas permukaan laut menjadikannya seakan bersatu dengan landskap alam.



31 Mei 2007, Harian Metro
Taman Laut Redang Laguna- Konsep Resort Ala Kampung Unik Dan Mempersona.
Redang Laguna Island Resort boleh dikatakan antara resort tercantik di rantau ini. Ia bukan sahaja berada di tengah Taman Laut  yang sememangnya kaya dengan pelbagai kehidupan laut dan khazanah alam  semula jadi malah keunikannya terletak pada konsep ’resort ala kampung’. Di sini, pelancong boleh bersiar-siar dan melihat sendiri keindahan  batu karang serta kehidupan spesies ikan serta rumpai laut. Perairan Pulau Redang sudah diwartakan sebagai Taman Laut sejak tahun 1985.



5 Mei 2007, Utusan Malaysia
Taman Laut Di Nodai Penguatkuasa Sendiri?
Batu-batu pemberat seberat setengah tan telah diturunkan oleh kakitangan Taman Laut Pulau Redang tahun lepas di kawasan terumbu Che Isa bagi membolehkan bot-bot yang membawa pelancong berekreasi menambat bot mereka. Ini adalah untuk mengelakkan bot-bot berkenaan melabuhkan sauh mereka sesuka hati. Namun disebabkan penambahan bot-bot pelancong, ia menyebabkan boya penambat yang hanya boleh menambat satu  atau dua bot kini  digunakan oleh  lebih dari tiga bot pada satu masa. Disebabkan  terlalu banyak  bot menggunakan  boya itu, ia tidak mampu menahan asakan dan menyebabkan  batu-batu bergerak dan bergolek  ke kawasan batu karang.



20 April 2007, Berita Harian
Terengganu Ketengah Bidong Pikat Pelancong.
Percutian di pulau peranginan negara ini adalah  antara satu usaha  yang dapat menggamit  kehadiran pelancong. Antara pulau  yang semakin mendapat  perhatian  hari ini ialah Pulau Bidong. Pulau yang tidak berpenghuni selepas  ditinggal kosong kumpulan ‘orang hanyut’ Vietnam pada pertengahan 1990-an, kini ia mula mendapat perhatian kerajaan Terengganu  dan kumpulan pecinta alam seperti Persatuan Pemuliharaan Terumbu Karang Malaysia (CoRal Malaysia).  Dengan keputusan tidak menyerahkan pulau kecil yang terletak  hanya lapan batu nautika dari pantai Merang  dan 17 batu nautika dari Kuala Terengganu kepada Jabatan Taman Laut, kerajaan negeri kini dalam perancangan untuk menjadikan Bidong sebagai ‘taman tukun negeri’.



19 April 2007, Utusan Malaysia
Sekilas.
Humphead Wrasse merupakan spesies ikan terumbu karang  pertama didaftarkan terancam oleh CITES pada Oktober 2004. mendiami perairan  indo-pasifik, spesies ini mampu hidup melebihi 30 tahun dan membesar sehingga dua meter dengan berat 190 kg.



1 April 2007, Mingguan Malaysia
Pelancong Jerman Parah Terkena Kipas Bot.
Seorang pelancong Jerman cedera parah di kepala setelah terkena kipas bot semasa melakukan aktiviti menyelam di antara perairan Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil, Besut. Bot berkenaan dikatakan baru sahaja menghantar pelancong dan dalam perjalanan pulang ke Coral Bay di Pulau Perhentian Kecil apabila tiba-tiba pemandunya terasa kipas bot seperti tersangkut sesuatu.



29 Mac 2007, Utusan Malaysia
Projek Lapangan Terbang Pulau Tioman Tetap Diteruskan.
Projek lapangan terbang baru di Pulau Tioman yang mencetuskan kontroversi sebelum ini kerana dikatakan bakal  mengundang kemusnahan alam sekitar pulau itu tetap akan diteruskan. Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Jamaluddin  Jarjis menyatakan kemusnahan alam sekitar tetap berlaku berikutan pelaksanaan projek itu tetapi akan dikurangkan ke tahap yang paling minimum. Perbincangan juga telah diadakan antara pihaknya dengan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar bagi memastikan kadar kemusnahan alam di Pulau Tioman dikawal. Beliau turut memohon  kepada semua pihak agar memahami keperluan pembinaan tersebut dan tidak membantah secara membuta-tuli.



24 Mac 2007, Utusan Malaysia
Pelayan Resort Mati Lemas.
Pelayan sebuah resort mati lemas ketika mandi di tepi pantai di hadapan Tuna Bay Resort, Pulau Perhentian Besar, Besut. Kejadian berlaku berlaku pada pukul 4 petang dan mangsa dipercayai lemas setelah dibawa oleh arus bawah laut yang deras.



13 Februari 2007, Berita Harian
Tajuk tiada rekod
Sebuah tongkang yang membawa peralatan serta tiang untuk kerja-kerja pemasangan bekalan elektrik di Pulau Kapas telah mengakibatkan kerosakan kepada batu karang di kawasan perairan pulau tersebut. Kejadian itu telah dilaporkan kepda Unit Taman Laut yang kemudiannya menghantar sekumpulan penguatkuasa termasuk unit penyelam untuk memeriksa tahap kerosakan yang dialami.



13 Februari 2007, Berita Harian
Terumbu Karang Musnah.
Kawasan terumbu karang seluas kira-kira 1,000 meter persegi di Taman Laut Pulau Kapas musnah apabila sebuah tongkang yang sarat dengan muatan  tiang dan kabel elektrik menceroboh kawasan itu, kelmarin. Tongkang tersebut adalah milik sebuah syarikat  yang mendapat kontrak memasang jana kuasa elektrik  menggunakan tenaga  solar untuk chalet di Pulau Kapas dan Pulau Gemia di percayai menceroboh kawasan itu kira-kira jam 11.30 malam.



25 Januari 2007, Utusan Malaysia
Bangkai Dugong Di Pantai Pulau Tuba.
Bangkai seekor dugong di percayai betina seberat  kira-kira 100 kilogram di temui terdampar  oleh sekumpulan nelayan  di sebalik hutan bakau  di perairan Pulau Tuba. Penemuan itu menggemparkan penduduk  terutamanya nelayan  kerana spesies ikan tersebut tidak pernah ditemui di pulau berkenaan. Jabatan Perikanan menegaskan bangkai dugong itu akan disimpan terlebih dahulu di Langkawi Water World sebelum diserahkan  kepada Pusat Penyu dan Ekosistem Marin di Terengganu.



22 Jan 2007, Kosmo
Nelayan Asing Cetuskan Bahana.
Sekumpulan 30 kapal nelayan laut dalam Thailand berlabuh di perairan Pulau Aur bagi berlindung  ancaman angin monsun Timur Laut. Sekumpulan awak-awak asing terjun dan berenang 200 meter ke darat lalu menceroboh rumah penduduk setra mencuri barang makanan. Menurut Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Harun Idris menyatakan ini kali kedua nelayan-nelayan Thailand berlindung di Pulau Aur akibat ancaman angin monsun sejak November lalu tetapi kes rumah penduduk tempatan diceroboh adalah yang pertama. Sehubungan itu, polis menahan Sembilan warga Thailand bagi membantu siasatan sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen kerana kesalahan memasuki negara secara haram.

Dikemaskini pada 07/04/2010
 1128 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

bahawa karang adalah haiwan yang terdiri daripada 2 jantina (spesis jantan dan spesis betina) tinggal di dalam sebuah kumpulan yang menghasilkan kumpulan batu-batu karang?

Statistik Pelawat
Semasa : 21   |   Hari Ini : 425   |   Minggu Ini : 1941   |   Bulan Ini : 4035   |   Tahun Ini : 90498 |   Tahun Lepas : 0  |   Keseluruhan : 90498