Pautan Khas

 

 

 

Modul Role Play
Print

Permainan Peranan Pengguna dan
PENGEZONAN

banner_education.jpg
 
Keperluan Aktiviti
  1. Kad Peranan.
  2. Peta sebuah kawasan Taman Laut (bukan sebenar) saiz besar.
  3. Peta sebuah kawasan Taman Laut (bukan sebenar) saiz kecil (A3) untuk kegunaan setiap kumpulan.
  4. Borang peranan.
  5. Kertas Rujukan mengenai contoh-contoh zon yang boleh dibuat.
  6. "Marker pen" (pelbagai warna mengikut peranan).
Objektif
  1. Permainan ini adalah bertujuan untuk melihat bagaimana peserta memberi pendapat mengikut fungsi masing-masing berkenaan dengan penggunaan kawasan Taman Laut.
Kaedah Pelaksanaan
  1. Fasilitator akan mengasingkan peserta kepada 7 kumpulan dengan memberi kepada peserta mengambil kad yang tertulis peranan mereka secara rawak.
  2. Kumpulan:
    1. Pengurus Taman Laut.
    2. Pencinta Alam (NGO).
    3. Nelayan.
    4. Saintis.
    5. Pemaju.
    6. Penduduk Kampung.
  • Setiap kumpulan perlu membincangkan apakah fungsi dan tanggungjawab yang patut diambil oleh mereka mengikut peranan. Tuliskan setiap fungsi dan tanggungjawab tersebut dalam borang yang disediakan.
  • Kemudian kumpulan diberi masa dengan berbekalkan segala fungsi dan tanggungjawab tersebut membuat keputusan dan menandakan zon-zon penggunaan yang sepatutnya ada pada kawasan Taman Laut tersebut.
  • Kumpulan kemudiannya diberi masa selama 5 minit membentangkan cadangan zon-zon mereka kecuali kumpulan yang memainkan peranan Pengurus Taman Laut. Kumpulan ini perlu mendengar dan membuat catitan kepada setiap cadangan dan pandangan yang telah diberikan oleh setiap kumpulan. Kumpulan lain dibenarkan untuk bertanya dan memberi pandangan dan kumpulan yang membuat persembahan perlu menjawab setiap soalan (masa 3 minit).
  • Masa rehat (35 minit) diberikan dan peluang perlu digunakan oleh peserta dari kumpulan Pengurus Taman Laut untuk membuat keputusan berdasarkan fungsi dan tanggungjawab mereka dan juga mengambil kira cadangan dan pandangan oleh setiap kumpulan lain.
  • Kemudian kumpulan Pengurus Taman Laut akan membuat pembentangan selama 10 minit. Pengurusa Taman Laut perlulah memberikan penerangan ringkas mengikut keputusan mereka berdasarkan fungsi dan tanggungjawab mereka dan juga mengambil kira cadangan dan pandangan oleh setiap kumpulan lain. Selepas itu setiap kumpulan lain dibenarkan untuk bertanya dan memberi pandangan (masa 5 minit).
  • Setelah tamat aktiviti fasilitator perlu berbincang dengan peserta mengenai:
  1. Pandangan mereka berkenaan pelan pengezonan yang telah diputuskan oleh Pengurus Taman Laut.
  2. Apa pendapat peserta berkenaan bagaiman sesuatu sistem pengezonan dipengaruhi oleh pembentangan tersebut?
  3. Pendapat mereka berkenaan permainan ini?
Dikemaskini pada 17/05/2012
 2076 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

Secara purata, tumbesaran karang hanya sekitar 1-2cm/tahun. Ini bermakna terumbu karang yang rosak akan mengambil masa yang lama untuk dipulihkan...kira-kira 20 hingga 50 tahun!!

Statistik Pelawat
Semasa : 29   |   Hari Ini : 651   |   Minggu Ini : 4333   |   Bulan Ini : 13933   |   Tahun Ini : 121643 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 634900
Kemaskini Terakhir : 17/05/2012