Pautan Khas

 

 

 

Modul Permainan - Gajah
Print

Permainan
GAJAH

banner_education.jpg
 
Keperluan Aktiviti
  1. Pakaian Lasak.
  2. Kasut Sukan.
Objektif
  1. Menghayati sifat dan tabiat fauna.
  2. Menguji kecekapan, kepekaan dan tindakbalas peserta.
  3. Memberi kesedaran tentang spesis yang terancam kepada bahaya kepupusan.
Kaedah Pelaksanaan
  1. Peserta dalam satu bulatan besar. Fasilitator akan menerangkan sifat-sifat seekor gajah yang mempunyai telinga besar dan belalai. Terangkan juga spesis tersebut sedang menghadapi bahaya kepupusan apabila hutan tempat tinggal mereka ditebang dan gajah ditembak bagi mendapatkan gading untuk dijual.
  2. Peserta yang ditunjuk tangan oleh fasilitator akan bertindak sebagai belalai dengan meletakkan tangan kanan dihadapan muka. Peserta dikirinya akan bertindak sebagai telinga kiri dengan mengangkat tanagn kiri dikiri telinganya manakala peserta kanan akan mengangkat tangan kanan ditelinga kanannya.
  3. Fasilitator akan bergerak dalam bulatan berhadapan dengan peserta sambil menyebut GAJAH..GAJAH...GAJAH dan menunjukkan tangan kepada peserta.
  4. Peserta yang ditunjuk oleh Fasilitator serta peserta kiri dan kanannya perlu bertindak segera dan tepat.
  5. Mana-mana peserta yang tidak dapat menunjukkan aksi tepat akan dikeluarkan. Begitulah seterusnya sehingga peserta 3 peserta akhir akan menjadi pemenang mewakili kumpulan masing-masing. Markah diberi mengikut jumlah peserta akhir.
Dikemaskini pada 17/05/2012
 1751 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

Daripada 400 spesis jerung, cuma 5 yang didapati berbahaya?

Statistik Pelawat
Semasa : 29   |   Hari Ini : 651   |   Minggu Ini : 4333   |   Bulan Ini : 13933   |   Tahun Ini : 121643 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 634900
Kemaskini Terakhir : 17/05/2012