Pautan Khas

 

 

 

Modul Pembersihan Bahan Buangan di Lautan
Print

Pembersihan
BAHAN BUANGAN
banner_education.jpg
Aktiviti Pembersihan Bahan Buangan di Lautan (Bahagian A)
Keperluan Aktiviti
  1. Pakaian Lasak.
  2. Kasut Sukan.
  3. Borang "Marine Debris (Part A)".
Objektif
  1. Mengenalpasti jenis-jenis sampah.
  2. Mengenalpasti punca-punca sampah.
  3. Dapat membuat satu andaian betapa banyaknya sampah yang telah dibuang dari sungai dan akhirmya sampai ke lautan mencemarkan ekosistem marin.
  4. Menyedarkan peserta betapa pentingnya kita menjaga kebersihan dan membantu memelihara alam sekeliling dengan menjalankan aktiviti seperti kitar semula dan tidak menggunakan bahan-bahan seperti beg plastik dalam kehidupan seharian.
Kaedah Pelaksanaan
  1. Peserta diminta memasuki kawasan muara sungai.
  2. Peserta diminta mengisi borang yang telah disediakan. Setiap kumpulan diberi 3 set borang untuk diisi.
  3. Setelah diisi peserta diminta berkumpul dan diingatkan supaya menyimpan borang tersebut untuk digunakan bagi aktiviti selanjutnya di pulau.
  4. Sekiranya hilang peserta akan didenda dengan memotong markah kumpulan sebanyak 10 markah setiap borang.
  5. Selesai taklimat peserta akan dibawa masuk ke pulau.
  6. Refleksi akan dijalankan semasa aktiviti ’Debris Marin Part B’ di Pulau Taman Laut.
 
Aktiviti Pembersihan Bahan Buangan di Lautan (Bahagian B)
Keperluan Aktiviti
  1. Pakaian Lasak.
  2. Kasut Sukan.
  3. Borang "Marine Debris (Part B)".
  4. Beg Sampah yang telah dikategorikan kepada 8 jenis:
    1. Plastik
    2. Plastik ber"foam"
    3. Kaca
    4. Getah
    5. Logam
    6. Kertas
    7. Kayu
    8. Kain
Objektif
  1. Mengenalpasti jenis-jenis sampah.
  2. Mengenalpasti punca-punca sampah.
  3. Mengenalpasti apakah jenis sampah yang paling merbahaya dari segi jangka hayatnya?
  4. Dapat membuat satu andaian betapa banyaknya sampah yang telah dibuang dari sungai dan akhirmya sampai ke lautan mencemarkan ekosistem marin.
  5. Menyedarkan peserta betapa pentingnya kita menjaga kebersihan dan membantu memelihara alam sekeliling dengan menjalankan aktiviti seperti kitar semula dan tidak menggunakan bahan-bahan seperti beg plastik dalam kehidupan seharian.
Kaedah Pelaksanaan
  1. Peserta diminta membawa borang "Marine Debris (Part A)" dan berkumpul.
  2. Peserta diminta mengambil beg palstik yang telah bertanda dan mula mengutip sampah mengikut kategori sampah dan mengira setiap sampah yang dikutip.
  3. Peserta diminta mengisi borang yang telah disediakan. Setiap kumpulan akan diberi 3 set borang "Marine Debris Part B").
  4. Setelah selesai aktiviti mengutip sampah. Peserta diminta berkumpul dan dibenarkan untuk berehat sementara pengambil mengira markah.
  5. Setelah diumumkan pemenang bagi aktiviti ini, sesi refleksi dimulakan.
  6. Peserta diminta mengeluarkan borang ’Marine Debris Part A’ dan ’Marine Debris Part B’ dan membuat analisis sama ada terdapat kesamaan dari apa yang dijumpai di muara sungai dan di pulau Taman Laut?. Bincangkan hasil analisis tersebut? – Peserta diharapkan dapat membuat satu andaian bahawa kebanyakan sampah adalah dari daratan dan kitalah merupakan penyumbang utama sampah.
  7. Peserta kemudian diminta menjawab soalan jangka hayat sampah yang telah diberikan dan memberi jawapan yang mana satu jenis sampah yang paling merbahaya? Setelah berbincang fasilitator akan memberi jawapan mengikut jawapan di lampiran A.
  8. Bincangkan kaedah-kaedah kita dapat mengurangkan sampah?
 
Lampiran A
  Jenis Sampah Jangka Hayat
1. Botol Plastik Infiniti
2. Barangan Kaca 1 Juta Tahun
3. Tin Aluminium 80 - 100 Tahun
4. Barangan Kulit Sehingga 50 Tahun
5. Baju Nylon 30 - 40 Tahun
6. Beg Plastik 10 - 20 Tahun
7. Puntung Rokok 1 - 5 Tahun
8. Kulit Pisang Sehingga 2 Tahun
Dikemaskini pada 17/05/2012
 2690 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

Sekiranya anda belajar untuk menyelam, belajar untuk menyelam dengan penuh tanggungjawab. Jangan menyentuh terumbu atau hidupan laut, dan tidak mengambil sebagai cenderamata. Tinggalkan hanya gelembung udara.

Statistik Pelawat
Semasa : 29   |   Hari Ini : 651   |   Minggu Ini : 4333   |   Bulan Ini : 13933   |   Tahun Ini : 121643 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 634900
Kemaskini Terakhir : 17/05/2012