Menjelajah Paya Bakau dan Kawasan Pasang Surut ("Mangrove Walk - Beach Combing")
Keperluan Aktiviti
Pakaian Basah.
Slate Pengenalan Spesis Paya Bakau dan Organisma Berkaitan.
Jaring.
Baldi.
Objektif
Memberi pendedahan kepada pelbagai spesis/jenis/bentuk Spesis Paya Bakau dan Organisma Berkaitan di kawasan perairan Taman Laut.
Pendedahan kepada bagaimana Paya Bakau berfungsi sebagai pelindung bencana dan kawasan nurseri kepada pelbagai spesis marin.
Pendedahan kepada bagaimana organisma marin menggunakan kebolehan menyamar dan menyembunyikan diri dari pemangsa di kawasan hutan paya bakau dan kawasan pantai yang sentiasa terdedah.
Pendedahan kepada kebolehan organisma marin dan pokok paya bakau untuk hidup di kawasan ekstrem seperti kawasan pasang surut.
Memberi kesedaran dan penghayati akan kepentingan dan keindahan alam sekitar melalui pengenalan kepada spesis-spesis Spesis Paya Bakau dan Organisma Berkaitan.
Menimbulkan rasa sayang dan penghargaan kepada keunikan alam semulajadi yang sedia ada di Malaysia seterusnya menerapkan rasa menghormati dan mempertahankan khazanah alam Negara.
Kaedah Pelaksanaan
Setiap kumpulan diberi baldi dan jaring.
Penerangan ringkas mengenai spesis pokok bakau diberikan oleh penceramah. Peserta didedahkan dengan kaedah mengenalpasti jenis spesis bakau yang berkaitan melalui, bentuk akar, daun dan biji benih. Penceramah juga akan memberi penerangan tentang kepentingan paya bakau dan bagaimana ia menjalankan fungsi dan kepentingannya kepada alam sekitar.
Selepas penerangan diberikan, setiap kumpulan diberi masa selama 30 minit untuk mengumpul sebanyak spesimen flora dan fauna yang boleh di kawasan hutan paya bakau dan kawasan pantai.
Selepas pengumpulan dibuat, urusetia akan mengira berapa banyak spesis yang berjaya dikutip. Markah bonus diberikan kepada spesis yang sukar ditemui kerana kebolehan penyamaran mereka atau spesis istimewa seperti ikan belacak.
Penceramah jemputan (pakar hutan paya bakau dan habitat pasang surut) akan memberi penerangan sedikit mengenai setiap spesis organisma yang ditemui dan membuat kesimpulan.