Pautan Khas

 

 

 

Modul Permainan - Kotak Beracun
Print

Permainan
KOTAK BERACUN

banner_education.jpg
 
Konsep
Slot
'Outdoor' (Pantai)
Permainan Alam Sekitar
Peralatan
  1. Bola / Buah Kelapa.
  2. Muzik ('Tape / Player').
  3. Kertas Undi (ditulis no. 1 hingga 5) digulung. Masukkan ke dalam kotak.
  4. Senarai denda no.1 hingga 5 (disertakan di bawah).
Anggota
  1. Fasilitator.
  2. Pengawal Muzik.
  3. Hakim (Membaca denda/arahan).
Objektif
  1. Menghilangkan rasa malu dikalangan peserta dan menambah keyakinan diri disamping aktiviti ceria.
  2. Menerapkan nilai cintakan alam sekitar melalui penghayatan dimana akan melakukan aksi dan tabiat sesuatu spesis.
  3. Peserta akan berfikir dan mencari idea dalam penjagaan alam sekitar.
  4. Memupuk kesedaran tentang isu-isu alam sekitar.
Kaedah Pelaksanaan
  1. Semua peserta berada dalam satu bulatan besar. Fasilitator ditengah bulatan.
  2. Salah seorang peserta memegang bola. Apabila muzik start peserta yang memegang bola hendaklah  melambung bola kepada peserta di kanannya. Seterusnya bola akan bergerak sehingga muzik berhenti.
  3. Peserta yang memegang bola semasa muzik dihentikan dikehendaki mencabut undi dalam kotak beracun.
  4. Sekiranya undian No. 1 Hakim akan membacakan denda No. 1.
Reflek
  1. Fasilitator perlu mengucapkan tahniah dan memuji keupayaan peserta yang telah melaksanakan denda dengan mengaitkan mereka adalah pencinta alam yang sebenar kerana berupaya menghayati alam.
Denda Kotak Beracun

No.1
    Anda berada di Hutan Simpan Sepilok, Sabah. Sedang anda berjalan-jalan menikmati keindahan alam tiba-tiba anda disergah seekor Orang Utan yang mengamuk kerana habitat mereka diceroboh pembalak haram. Lakonkan semula watak Orang Utan yang sedang mengamuk.

No.2     Anda bersama ekspidisi kajian penyu di Pulau Tinggi, Johor. Pada suatu malam anda bertuah kerana bertemu seekor penyu betina yang sedang naik ke darat untuk bertelur. Lakonkan semula bagaimana penyu merangkak naik daripada lautan ke pantai dan bertelur.

No.3    Anda sedang bercuti seorang diri di Pulau Tenggol. Suatu petang ketika di pantai anda merenung ke laut yang tenang, damai dan bersih. Sebagai seorang pencinta alam timbul ilham kepada anda untuk ciptakan sebuah sajak. Deklemasikan satu rangkap sajak tersebut dengan penuh perasaan.

No.4    Anda mempunyai kesedaran tentang penjagaan alam sekitar. Suatu ketika anda melihat seorang budak meletakkan 3 buah beg plastik yang berisi pampers yang telah digunakan di hadapan rumah anda. Pilih seorang rakan anda dan lakonkan bagaimana anda memarahi budak tersebut dalam loghat anda sendiri.

No.5    Anda seorang wartawan. Suatu hari anda diarahkan untuk membuat liputan tentang muara sungai Mersing yang dipenuhi sampah sarap. Lakonkan watak Karam Singh Walia sedang membuat laporan berita di televisyen.
Dikemaskini pada 17/05/2012
 6001 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

Pengenalan spesis asing sering bertanggungjawab untuk satu peningkatan dalam pemangsaan dan persaingan, pengurangan habitat, pelbagai jenis penyakit, kemusnahan tumbuhan asli atau haiwan dan perubahan genetik dalam populasi. Spesis asing sering diangkut ke habitat baru melalui balast kapal perdagangan.

Statistik Pelawat
Semasa : 29   |   Hari Ini : 649   |   Minggu Ini : 4331   |   Bulan Ini : 13931   |   Tahun Ini : 121641 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 634898
Kemaskini Terakhir : 17/05/2012