Mengenalpasti Spesis Ikan Marin Serta Bentuk dan Jenis Karang
Keperluan Aktiviti
Pakaian Basah.
'Life Jacket'.
Slate Pengenalan Spesis Ikan Marin.
Slate Pengenalan Bentuk dan Jenis Karang.
Karang.
'Snorkel Set'.
Slate Kosong.
Pensil.
Objektif
Memberi pendedahan kepada pelbagai spesis/jenis/bentuk ikan marin dan karang di kawasan perairan Taman Laut.
Memberi kesedaran dan penghayati akan kepentingan dan keindahan alam sekitar melalui pengenalan kepada spesis-spesis ikan marin dan karang.
Menimbulkan rasa sayang dan penghargaan kepada keunikan alam semulajadi yang sedia ada di Malaysia seterusnya menerapkan rasa menghormati dan mempertahankan khazanah alam Negara.
Kaedah Pelaksanaan
Setiap kumpulan dibahagikan kepada 2 subkumpulan (setiap subkumpulan terdiri daripada 2-4 orang sahaja):
Kumpulan Ikan.
Kumpulan Karang.
Setiap subkumpulan diberi satu slate untuk menulis nama ikan atau bentuk karang yang dilihat semasa aktiviti pemerhatian secara ber'snorkeling' dijalankan.
Dalam subkumpulan tersebut, seorang akan bertindak sebagai penulis dan selebihnya akan menjadi pemerhati dan memberi maklumat kepada penulis.
Setiap subkumpulan perlu mengamalkan sistem ’buddy’ di mana setiap ahli kumpulan perlu sentiasa bersama dan tidak dibenarkan bersendirian. Setiap ahli perlulah memastikan keselamatan setiap ahli kumpulannya. Kumpulan yang didapati mempunyai ahli kumpulannya yang bersendirian dan tidak mengikuti sistem ’buddy’ akan ditolak markah.
Selepas selesai aktiviti pemerhatian dan pemantauan, kesemua kumpulan diminta berkumpul dan setiap subkumpulan diminta memberi pembentangan mengenai hasil survei mereka.
Perkara-perkara yang perlu dibentangkan mengikut kumpulan:
Subkumpulan Ikan:
Penerangan mengenai apakah jenis ikan marin yang ditemui.
Penerangan mengenai komosisi jenis ikan dan di mana ia ditemui. Contoh: ikan kerapu – bersendirian dan berada di dasar laut di celahan terumbu karang.
Penerangan mengenai sumber makanan bagi setiap jenis ikan yang ditemui.
Penerangan apakah kepentingan ikan marin tersebut kepada ekosistem marin secara keseluruhannya.
Subkumpulan Ikan:
Penerangan mengenai apakah jenis bentuk karang yang ditemui.
Penerangan mengenai komposisi jenis bentuk karang yang ditemui bermula dari pantai hingga ke ’reef crest’ (rujuk profil terumbu karang).
Penerangan mengenai contoh-contoh ancaman terhadap karang yang ditemui.
Penerangan mengenai fungsi karang kepada ekosistem atau organisma lain yang terdapat di kawasan tersebut melalui pemerhatian mereka.
Penceramah jemputan (pakar ikan) akan memberi penerangan sedikit mengenai ikan yang ditemui dan membuat kesimpulan kepada setiap pembentangan subkumpulan.
Penceramah pada awalnya diminta memberi senarai spesis ikan yang boleh ditemui di kawasan tersebut kepada urusetia untuk pemberian markah kumpulan. Kumpulan akan diberi markah mengikut bilangan spesis ikan yang berjaya ditemui dan berjaya menjawab soalan kuiz yang akan diberikan oleh penceramah semasa sesi penerangan.