Pautan Khas

 

 

 

Modul Permainan - 'Ice Breaking'
Print

Permainan 'Ice Breaking'

banner_education.jpg
 
ALAM HAIWAN
Konsep
Slot
Peralatan
Anggota
'Outdoor' (Padang / Pantai) atau 'Indoor' (Dewan)
Suai Kenal
Wisel
Fasilitator
Objektif
  1. Memupuk kemesraan dikalangan peserta.
  2. Menghilangkan rasa malu dan gemuruh.
  3. Menerapkan nilai cintakan alam sekitar melalui penghayatan dimana akan melakukan aksi dan tabiat sesuatu spesis.
  4. Menguji kecekapan dan ingatan.
Kaedah Pelaksanaan
  1. Semua peserta berada dalam satu bulatan besar. Fasilitator ditengah bulatan.
  2. Peserta pertama memberitahu namanya dan melakukan aksi seekor binatang. Contohnya menepuk dada dengan kedua belah tangan (Gorila).
  3. Peserta kedua memberitahu nama dan melakukan aksinya dan aksi peserta pertama. Peserta ketiga memberitahu nama dan melakukan aksinya dan aksi peserta pertama dan kedua. Begitulah seterusnya sehingga 10 peserta. Ulang langkah yang sama kepada peserta ke 11 dan seterusnya dengan beraksi bunyi binatang. Peserta ke 21 hingga seterusnya aksi cara binatang berjalan. Peserta ke 31 dan seterusnya aksi binatang makan.
Reflek
  1. Fasilitator perlu mengucapkan tahniah dan memuji keupayaan peserta yang kreatif dan dapat menghayati sifat dan tabiat makhluk lain dalam alam ini. Kita perlu berkongsi alam ini dengan lain-lain makhluk.
 
'PUZZLE' NASIB
Konsep
Slot
Peralatan

Anggota
'Outdoor' (Padang / Pantai) atau 'Indoor' (Dewan)
Pembentukan Kumpulan
Gambar spesis hidupan marin (Saiz A4)
Gunting
Fasilitator
Objektif
  1. Pemilihan kumpulan bergantung kepada nasib gambar mana yang mereka dapat.
  2. Tiada unsur pilih kawan.
  3. Menerapkan nilai cintakan alam sekitar melalui penghayatan di mana peserta akan membentuk gambar spesis.
  4. Menguji kecekapan.
Kaedah Pelaksanaan
  1. Semua peserta berada dalam satu bulatan besar. Fasilitator di tengah bulatan.
  2. 4 keping gambar terlebih dahulu dipotong 10 bahagian dalam pelbagai bentuk.
  3. Potongan gambar diselerakkan dan diterbalikkan dengan permukaan menghadap ke bawah di tengah bulatan.
  4. Apabila wisel dibunyikan semua peserta akan mengambil hanya sekeping gambar. Kemudian setiap peserta akan mencari kumpulan gambar yang sama bagi membentuk kembali menjadi sekeping gambar asal.
  5. Apabila kumpulan telah dibentuk. Asingkan setiap kumpulan dan beri masa 5 minit untuk menubuhkan nama kumpulan dan melantik ketua kumpulan.
Reflek
  1. Setiap kumpulan perlu ada seorang ketua yang akan mengemudikan sesebuah kumpulan. Ketua Kumpulan perlu bertanggungjawab terhadap apa-apa masalah ahli kumpulan. Buat checking sebelum dan selepas setiap aktiviti bagi memastikan setiap ahli dalam keadaan sihat dan selamat.
Dikemaskini pada 17/05/2012
 10296 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

There are at least 10 species of the tiny blue-ringed octopus, which, ironically for its size, is the most deadly of all cephalopods (they can carry enough poison to kill 26 adults within minutes).

Statistik Pelawat
Semasa : 31   |   Hari Ini : 649   |   Minggu Ini : 4331   |   Bulan Ini : 13931   |   Tahun Ini : 121641 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 634898
Kemaskini Terakhir : 17/05/2012