Pautan Khas

 

 

 

Modul Haiwan Berbahaya
Print

Berhati-hati Dengan Saya!
Saya Bersenjata dan Merbahaya!

banner_education.jpg
 
Organisma 1

Nama: Mahkota Berduri
Diskripsi:
Saya berwarna biru-kelabu dengan jejari hujung berwarna oren kekuningan. Saya boleh dijumpai di celah formasi karang dan batu. Saya boleh membesar sehingga diameter 60 cm dan mempunyai sehingga 16 lengan! Disetiap lengan saya diliputi duri tajam beracun yang boleh menyebabkan kesakitan kepada sesiapa yang menyentuhnya! Bukan sahaja duri saya yang beracun, badan saya juga diliputi dengan lendir yang boleh menyebabkan keradangan/kegatalan pada kulit manusia.
 
Organisma 2

Nama: Landak Laut
Diskripsi:
Saya berwarna hitam dan dipenuhi dengan duri yang panjang (mencapai 25 cm). Duri saya sangat tajam dan rapuh. Duri-duri ini mudah memasuki kulit jika tersentuh. Saya amat mudah dijumpai, saya suka berada di permukaan berpasir atau batu atau karang.
 
Organisma 3

Nama: Timun Laut
Diskripsi:
Saya berbentuk sosej dan mempunyai pelbagai warna mengikut kumpulan sepsis. Saya kalau diganggu akan mengeluarkan bendalir putih yang boleh menyebabkan keradangan/ kegatalan pada kulit manusia.
 
Organisma 4

Nama: Ikan Depu
Diskripsi:
Saya berwarna coklat dan mempunyai kulit yang kasar. Saya suka bersembunyi dalam Lumpur, karang dan batu. Kepanjangan badan saya boleh mencapai sehingga 30 cm. sirip belakang saya mempunyai diri tajam berbisa.
 
Organisma 5

Nama: "Bristle worm"
Diskripsi:
Saya adalah sejenis cacing yang kecil mempunyai kepanjangan sehingga 14 cm. Saya mempunyai bulu-bulu pendek pada setiap segmen badan saya. Nelayan amat takut pada saya kerana bulu saya sangat berbisa dan saya suka bersembunyi pada pukat dan tali serta pada celah-celah batu dalam kawasan alga.
 
Organisma 6

Nama: "Fire Coral"
Diskripsi:
Saya berwarna coklat terang, mempunyai hujung cabang yang licin dan berwarna kekuningan. Saya boleh ditemui di kawasan karang. Saya kelihatan seperti karang bercabang pendek. Namun berjaga-jaga, pada setiap cabang saya mempunyai polip yang menyengat.
 
Organisma 7

Nama: "Cone Shell"
Diskripsi:
Saya dan adik-beradik mempunyai corak yang menarik dan berwarna garang. Saya mempunyai cengkerang berbentuk kon yang cantik, bertompok-tompok kekuningan dan berlatar belakang warna hitam. Saya suka bersembunyi di kawasan dasar. Kalau diganggu saya akan menyengat dan bisa saya boleh menyebabkan kelumpuhan dan kesakitan yang amat sangat.
Dikemaskini pada 17/05/2012
 2823 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

Jika sesuatu hidupan laut itu nampak kurang menarik, ianya beracun dan jika ianya berwarna-warni ianya juga beracun?

Statistik Pelawat
Semasa : 31   |   Hari Ini : 649   |   Minggu Ini : 4331   |   Bulan Ini : 13931   |   Tahun Ini : 121641 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 634898
Kemaskini Terakhir : 17/05/2012