|
|
Modul Gua Angin |
|
|
|
Menjelajah
GUA ANGIN
|
 |
| |
Keperluan Aktiviti
- Pakaian Lasak.
- Kasut Sukan.
- Kain Penutup Mata.
- Tali "Track".
|
Objektif
- Menghayati sifat dan tabiat fauna.
- Menghayati flora dan fauna melalui deria bau, rasa, bunyi.
- Memberi kesedaran apabila kita kehilangan deria penglihatan atau pandangan terhalang oleh jerebu melalui kesusahan dan ketakutan yang dialami.
|
Kaedah Pelaksanaan
- Dalam kedudukan sebaris peserta dibawa berjalan melalui track dalam keadaan celik. Tiba pada checkpoint 1 aktiviti permainan Gajah dijalankan.
- Kemudian mata peserta ditutup dengan kain penutup mata. Peserta kedua, ketiga dan seterusnya memegang baju peserta hadapan. Peserta hadapan akan dipandu ("guide") berjalan sehingga tiba pada tali permulaan yang telah dipasang disepanjang "track".
- Peserta akan berjalan menyusuri track berpandukan tali sehingga ke penghujung.
- Dalam permainan ini fasilitator perlu senyap tidak bercakap-cakap untuk memberi peluang kepada peserta menghayati suasana alam dalam keadaan mata tertutup.
- Mana-mana peserta yang tidak dapat menunjukkan aksi tepat akan dikeluarkan. Begitulah seterusnya sehingga peserta 3 peserta akhir akan menjadi pemenang mewakili kumpulan masing-masing. Markah diberi mengikut jumlah peserta akhir.
- Peserta diminta mengaitkan perasaan tersebut dengan alam sekitar.
- Ulasan bagi aktiviti diberikan selepas perbincangan selesai.
|
Refleksi
- Aktiviti ini adalah bersangkutan dengan ceramah bertajuk ’Pengenalan Kepada Ekosisten Marin’ di mana ceramah ini menerangkan akan kepentingan setiap satu habitat dalam ekosistem marin dan "interconnectivity" di antara setiap habitat itu. Sekiranya salah satu habitat tersebut musnah maka ia akan menyebabkan ketidakseimbangan kepada habitat lain dan seterusnya boleh menyebabkan keseluruhan ekosistem marin musnah.
- Aktiviti ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran betapa pentingnya salah satu deria manusia iaitu penglihatan. Sekiranya salah satu daripada deria utama kita musnah maka ia secara tidak lansung menyebabkan kesusahan dan gangguan kepada sistem manusia.
- Konsep ini adalah sama dengan ekosistem marin, sekiranya kita tidak sedar akan kepentingan setiap satu habitat (seperti habitat pantai, habitat terumbu karang, habitat paya bakau dan sebagainya) kepada kemandirian dunia lautan kita maka suatu hari nanti kita tidak akan lagi dapat melihat keindahan dan menikmati kekayaannya.
|
|
|
|
|
|
Dikemaskini pada 17/05/2012
 1754 Kali
|
|
|