Pautan Khas

 

 

 

Modul Aktiviti Rumput & Rumpair Laut
Print

Mengenalpasti Rumput Laut dan
RUMPAIR LAUT

banner_education.jpg
 
Keperluan Aktiviti
  1. Pakaian Basah.
  2. 'Life Jacket'.
  3. Slate Pengenalan Spesis Rumput Laut dan Rumpair Laut.
  4. 'Snorkel Set'.
  5. Slate kosong.
  6. Pensil.
Objektif
  1. Memberi pendedahan kepada pelbagai spesis/jenis/bentuk rumput laut dan rumpair laut di kawasan perairan Taman Laut.
  2. Memberi kesedaran dan penghayati akan kepentingan dan keindahan alam sekitar melalui pengenalan kepada spesis-spesis rumput laut dan rumpair laut.
  3. Menimbulkan rasa sayang dan penghargaan kepada keunikan alam semulajadi yang sedia ada di Malaysia seterusnya menerapkan rasa menghormati dan mempertahankan khazanah alam Negara.
Kaedah Pelaksanaan
  1. Setiap kumpulan dibahagikan kepada 2 subkumpulan (setiap subkumpulan terdiri daripada 2-4 orang sahaja).
  2. Setiap subkumpulan diberi satu slate untuk menulis nama rumput laut dan rumpair laut yang dilihat semasa aktiviti pemerhatian secara bersnorkeling dijalankan.
  3. Dalam subkumpulan tersebut, seorang akan bertindak sebagai penulis dan selebihnya akan menjadi pemerhati dan memberi maklumat kepada penulis.
  4. Setiap subkumpulan perlu mengamalkan sistem ’buddy’ di mana setiap ahli kumpulan perlu sentiasa bersama dan tidak dibenarkan bersendirian. Setiap ahli perlulah memastikan keselamatan setiap ahli kumpulannya. Kumpulan yang didapati mempunyai ahli kumpulannya yang bersendirian dan tidak mengikuti sistem ’buddy’ akan ditolak markah.
  5. Selepas selesai aktiviti pemerhatian dan pemantauan, kesemua kumpulan diminta berkumpul dan setiap subkumpulan diminta memberi pembentangan mengenai hasil survei mereka.
  6. Perkara-perkara yang perlu dibentangkan mengikut kumpulan:
    • Penerangan mengenai apakah jenis rumput laut dan rumpair laut yang ditemui
    • Penerangan mengenai komosisi jenis rumput laut dan rumpair laut dan di mana ia ditemui.
    • Penerangan mengenai apakah organisma yang memakan spesis rumput laut dan rumpair laut yang ditemui.
    • Penerangan apakah kepentingan rumput laut dan rumpair laut tersebut kepada ekosistem marin secara keseluruhannya.
  7. Penceramah jemputan (pakar rumput laut dan rumpair laut) akan memberi penerangan sedikit mengenai ikan yang ditemui dan membuat kesimpulan kepada setiap pembentangan subkumpulan.
  8. Penceramah pada awalnya diminta memberi senarai spesis rumput laut dan rumpair laut yang boleh ditemui di kawasan tersebut kepada urusetia untuk pemberian markah kumpulan. Kumpulan akan diberi markah mengikut bilangan spesis rumput laut dan rumpair laut yang berjaya ditemui dan berjaya menjawab soalan kuiz yang akan diberikan oleh penceramah semasa sesi penerangan.
Dikemaskini pada 17/05/2012
 3259 Kali

Hubungi Kami

Jabatan Taman Laut Malaysia
Aras 11, Wisma Sumber Asli,
No. 25, Persiaran Perdana,
62574 Putrajaya.
Tel: +603 8886 1379 Faks: +603 8888 0489
E-mail: tamanlaut@nre.gov.my
 

Tahukah Anda?

Tubastrea adalah karang keras yang hidup di lautan dalam  atau di kawasan yang terlindung dari sinaran matahari. Karang ini mampu untuk hidup di dalam keaadaan yang kurang cahaya kerana tidak memerlukan zooxanthalle.  Karang ini juga tidak memerlukan proses fotosintesis kerana menggunakan tentakel untuk mencari makanan.


Statistik Pelawat
Semasa : 31   |   Hari Ini : 647   |   Minggu Ini : 4329   |   Bulan Ini : 13929   |   Tahun Ini : 121639 |   Tahun Lepas : 364306  |   Keseluruhan : 634896
Kemaskini Terakhir : 17/05/2012