|
Namun begitu, bagi sesetengah perkhidmatan yang memerlukan tahap keselamatan, agensi boleh membuat pengesahan identiti individu berkenaan sebagai semakan peringkat kedua selepas MyID sebelum sesuatu maklumat atau semakan diberikan atau dibenarkan.
Untuk melaksanakan MyID, semua agensi kerajaan yang menyediakan perkhidmatan berkaitan individu perlu memastikan semua saluran sedia ada bagi perkhidmatan berkenaan menyokong pelaksanaan MyID. Sebagai contoh bagi memastikan pelaksanaan MyID dilaksanakan dengan efektif, agensi perlu mengambil perhatian perkara berikut:
- Memastikan pegawai yang berurusan dengan orang awam hanya meminta nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila warga negara Malaysia berurusan di kaunter atau melalui telefon;
- Memastikan hanya nombor MyKad perlu diisi oleh warganegara Malaysia dan bukan nombor rujukan lain dalam borang yang disediakan oleh agensi;
- Menjadikan nombor MyKad sebagai nombor rujukan apabila warganegara Malaysia mengakses atau menjalankan carian dalam perkhidmatan online agensi dan kios;
- Memastikan dokumen yang dikeluarkan untuk individu mempunyai nombor MyKad sebagai nombor rujukan; dan
- Mengkaji dan memastikan proses kerja dan sistem ICT di agensi secara menyeluruh menyokong pelaksanaan MyID.
Buat masa ini pelaksanaan MyID hanya membabitkan perkhidmatan awam saja dan tidak membabitkan institusi bukan kerajaan seperti bank.
Bagi anggota tentera atau polis, sekiranya tidak memegang MyKad, mereka boleh menggunakan nombor kad kuasa polis atau tentera untuk berurusan dengan perkhidmatan yang sudah menggunakan MyID seperti di KWSP dan LHDN.
Sekiranya individu hanya membuat pertanyaan umum (contoh: syarat pengeluaran KWSP), soalan keselamatan tidak perlu diajukan. Bagi kes pertanyaan yang membabitkan maklumat sulit dan persendirian, soalan keselamatan yang terdiri daripada maklumat demografik individu seperti nama penuh, alamat tetap atau lokasi permohonan pengeluaran dibuat.
Sebarang maklumat, cadangan dan pertanyaan mengenai MyID boleh dikemukakan kepada :
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia(MAMPU) Jabatan Perdana Menteri, Aras 6, Blok B2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA
http://www.mampu.gov.my atau hubungi 03-8872 3000/ 03-8888 3566 (faksimili)
|