|
Assalamualaikum W.B.T.
Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita melangkah ke tahun baru 2012. Juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada seluruh warga JTLM dengan harapan semoga tahun ini kita dapat mengekalkan kecemerlangan dan kehebatan organisasi dan terhadap diri kita juga.
Sebagaimana sedia maklum, sebagai peneraju pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti marin, pihak pengurusan sentiasa berusaha untuk meletakkan JTLM sebagai organisasi bertaraf tinggi dan bergerak maju ke hadapan selaras dengan pelbagai program kerajaan. Oleh itu, dengan kekuatan anggota seramai 244 kakitangan, JTLM akan turut menjalinkan hubungan kerjasama dengan PDRM, APMM dan DoF bagi melaksanakan tanggung jawab besar ini.
Saya sentiasa menyarankan agar kita membangunkan sistem dan warga yang efisien dan efektif dalam organisasi. Untuk itu, inisiatif ke arahnya pada peringkat organisasi amat penting. Peranan pihak Jabatan perlu beranjak daripada kawal selia kepada mudah cara. Maka dicadangkan agar diterapkan perkara berikut;
- budaya inovasi diterapkan dalam segenap aspek amalan pekerjaan
|
- sumber dalam organisasi, tenaga manusia, kewangan, fasiliti dan masa dimanfaatkan secara optimum
|
- dialog dengan warga JTLM dan budaya kerja berpasukan dimantapkan
|
- fokus kepada strategi dan bekerja berteraskan projek
|
Oleh yang demikian itu, dalam memartabatkan hala tuju dan imej kecemerlangan JTLM, saya menyeru semua warga JTLM agar bekerja bersama-sama saya dalam usaha merealisasikan matlamat tersebut selain memahami kembali visi, misi, dan objektif agar tindakan kita nanti tidak tersasar dari landasan penubuhan JTLM. Akhirnya, saya berdoa semoga tahun 2012 ini akan memacu kejayaan dan meletakkan JTLM di puncak kejayaan sebagai organisasi pengurusan dan pemuliharaan biodiversiti marin yang berprestasi tinggi dan cemerlang.
| Tahun baru kini menjelang, |
| Kenangan 2011 tersemat di hati, |
| JTLM semakin gemilang, |
| Semoga 2012 semakin berkualiti. |
| |
| |
| |
| Sekian, terima kasih. |
| |

|