Memberi perlindungan khas kepada flora dan fauna akuatik, dan melindungi, memelihara dan mengurus tapak pembiakan semulajadi dan habitat hidupan akuatik, dengan memberi perhatian utama kepada spesis flora dan fauna yang unik, sukar dijumpai atau terancam.
Memberi peluang dan meningkatkan kadar kemandirian hidupan akuatik yang hampir pupus.
Menggalakkan kajian dan penyelidikan saintifik.
Mengekal dan meningkatkan produktiviti dan keadaan semulajadi ekosistem tersebut.
Mengawalselia aktiviti rekreasi dan aktiviti-aktiviti lain untuk mengelakkan dari berlakunya kerosakan yang berterusan terhadap persekitaran marin yang tidak boleh dipulihkan.
Mengklasifikasikan Perairan Taman Laut Kepada Zon bagi tujuan seperti mana yang dinyatakan dalam para (a) hingga (e) di atas.